in ,

Gara-Gara Kentut Kuat, Pemuda Ini Didenda RM2,412

Okay ini, ini satu berita yang kelakar bila mana korang kentut terlalu kuat, kena denda gais! Jadi, kalau nak kentut tu pandang dulu kira kanan ya. Bunyinya pun kasi keluar senyap-senyap. Jangan pulak bunyi macam tercetusnya gunung berapi!

Gambar Hiasan

Kejadian yang berlaku di Vienna ini menyebabkan seorang pemuda ditahan dan didenda sebanyak 500 euro atau kira-kira RM2,412 kerana mengeluarkan bunyi kentut yang kuat.

Lelaki tersebut didakwa sengaja berkelakuan ‘kurang sopan’ di khalayak ramai

Pihak polis Austria mempertahankan jumlah denda berkenaan dengan mendakwa lelaki itu sengaja berkelakuan sedemikian ketika berganjak dari tempat duduk beliau.

” Dah lah kentut, taknak bagi kerjasama pulak…

Polis Austria menerusi Twitter menegaskan bahawa, lelaki terbabit tidak memberi kerjasama ketika pemeriksaan dilakukan.

Malah, polis Austria juga berkata sekiranya pemuda terbabit tidak berpuas hati, beliau boleh mencabar denda tersebut menerusi prosedur undang-undang.

Haih, macam-macam hal juga kan? Apapun, semoga kes ini dapat diselesaikan secara aman.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

cik man

Salah Ke Makan Masakan Orang Bukan Islam, PU Azman Beri Jawapan!

Apple Dijangka Menambah Mod Kanak-Kanak Pada Apple Watch