in , , ,

Apple Bakal Lancar iOS 14 Dengan Widget Pada Skrin Utama

Apple hari ini mengumumkan sistem terbaru bagi iPhone iaitu iOS 14. Antara perubahan paling ketara dalam iOS 14 berbanding versi iOS sebelum ini adalah reka bentuk antaramuka Home Widget dan ciri Picture-in–Picture.

Semasa ucaptama maya WWDC, Apple berkongsi butiran pertama mengenai iOS 14, versi utama iOS seterusnya yang bakal dilancarkan akhir tahun ini. Salah satu ciri baharu yang diperkenalkan iOS 14 adalah kebolehan menambah widget pada skrin utama iPhone.

Seperti yang anda ketahui, iOS sebelum ini sudah dilengkapi dengan widget dalam paparan khas. Tetapi bagi pengalaman baharu, Apple telah mengambil inisiatif untuk mereka semula widget sepenuhnya. Dengan langkah ini, ia memudahkan lagi pengguna mengikuti kemaskini dengan pantas.

Apple Bakal Lancar iOS 14 Dengan Widget Pada Skrin Utama

“Tahun ini, kami menghabiskan waktu memikirkan kembali pengalaman ikonik iPhone,”

“Kami telah memikirkan semula beberapa elemen teras iOS.”

– SVP Kejuruteraan Perisian Craig Federighi

Kini, pengguna boleh menyeret widget keluar dari paparan khas dan meletakkannya di skrin utama. Selain itu, pengguna juga boleh menyusun skrin utama dengan lebih kemas mengikut beberapa variasi saiz widget.

Selain itu, sebahagian aplikasi yang dipaparkan adalah lebih besar daripada yang lain di mana aplikasi yang paling kerap digunakan berada di bahagian paling atas.

Apple Bakal Lancar iOS 14 Dengan Widget Pada Skrin Utama

Beberapa variasi saiz widget disediakan dalam memudahkan anda menyusun skrin anda dengan lebih kepas lagi – bergantung kepada bentuk kandungan dan kemaskini yang anda ingin lihat.

Pengguna boleh memilih aplikasi yang menjadi keutamaan mereka untuk dipaparkan sekaligus memudahkan ia diakses pengguna.

Kemaskini terbaharu dari Apple turut menambah beberapa ciri organisasi pintar pada skrin utama bagi memudahkan pengguna untuk membuka aplikasi lain.

Tambah Baik Pada Siri

Siri iaitu ciri arahan suara iOS juga ditambah baik di mana pengguna kini boleh meminta siri menghantar mesej audio atau merakam secara automatik.

Menerusi aplikasi terbaru iaitu ‘Translate‘, Siri kini mampu mengalih dan berinteraksi dengan 11 bahasa lain secara luar talianpada masa nyata.

Translate will make communicating between languages easier than ever before.” Apple.

Apple Menambah Baik Lagi Aplikasi Sembang Messages

Antara ciri baru dalam Messages adalah ciri pin pada ruang sembang, serta lebih daripada 20 rekaan Memoji baru.

Antara senarai peranti yang menyokong iOS 14 adalah iPhone SE (2020), iPhone 11, iPhone 11 Pro, iPhone 11 Pro Max, iPhone XS, iPhone XS Max, iPhone XR, iPhone X, iPhone 8, iPhone 8 Plus, iPhone 7, iPhone 7 Plus, iPhone 6s, iPhone 6s Plus dan iPhone SE (2016).

What do you think?

37 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Taman Tema Genting SkyWorlds Bakal Dibuka 2021, Menampilkan Daya Tarikan 20th Century Fox

Ceria Megastar 2020 Melalui Fasa Norma Baharu