in ,

Ceria Megastar 2020 Melalui Fasa Norma Baharu

Terhenti siaran di minggu ke-3 kerana PKP, 8 peserta terbaik Ceria Megastar kini kembali dengan misi utama merebut RM25,000 dan gelaran ‘Megastar’!

Astro dengan berbesar hati mengumumkan program pencarian bakat kanak-kanak ‘Ceria Megastar’ akan kembali bersiaran pada setiap Sabtu, mulai 20 Jun 2020, jam 9 malam, di saluran Astro Ceria (611) dan Ceria HD (631). Sebelum ini, Ceria Megastar menghentikan siaran langsungnya selama hampir 3 bulan, bagi mematuhi Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) yang diwajibkan kerajaan Malaysia pada Mac lalu. 

Menggalas tugas hos bagi Ceria Megastar adalah pengacara tersohor tanah air, Nabil Ahmad. Di meja juri tetappula adalah Ernie Zakri dan Zizan Razak, yang akan disertai seorang juri jemputan seperti Mark Adam, Ayda Jebat, Shuib Sepahtu dan Dato AC Mizal setiap minggu.

Ceria Megastar 2020 - Persaingan Bakal Berlangsung Semula!

Di posisi penasihat persembahan pula adalah penyanyi dan guru vokal disegani ramai, Datuk Syafinaz Selamat, penari dan koreografer hebat, Alam Wakakaserta naib juara ‘Dansa dan Sing’, Chubb-E.

Selain itu, selari dengan terma ‘norma baharu’ pasca-PKP, program yang sepatutnya disiarkan secara langsung ini sebaliknya akan dirakam terlebih dahulu.

Cecilia Wong, Ketua Saluran Astro Ceria berkata,

Bagi mematuhi syarat-syarat prosedur operasi standard (SOP) seperti yang ditetapkan oleh pihak berkuasa dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19, program ini hanya akan diteruskan dengan rakaman awal tanpa kehadiran penonton di studio.

Kami juga mengambil beberapa langkah proaktif demi memastikan keselamatan kesemua yang terlibat dalam produksi program ini, seperti mensanitasi kesemua kawasan umum, bilik solekan, peralatan muzik dan sebagainya secara berkala.

Pelitup muka serta pembersih tangan juga disediakan di studio.”

Cecilia Wong, Ketua Saluran Astro Ceria
Penasihat Persembahan Ceria Megastar 2020 - Chubb E, Datuk Syafinaz Selamat dan Alam Wakaka

Mengulas tentang kaedah baharu sesi rakaman bagi program Ceria Megastar, Cecilia berkata,

Kesemua peserta akan membuat persembahan di rumah melalui panggilan dalam talian secara langsung, manakala para juri akan menilai persembahan mereka di studio.

Hos dan penasihat persembahan di studio juga akan berinteraksi dengan peserta melalui panggilan dalam talian.

Astro Ceria selaku peneraju utama kandungan hiburan kanak-kanak dan keluarga tekad dalam usaha kami untuk kekal berinovasi dalam penghasilan program-program kami.

Terdahulu, sesi rakaman telefilem istimewa yang disiarkan di saluran Astro Ceria, ‘SMK: Raya Dekat Jauh’ yang dibintangi Wafiy Aan, Arena Wan, dan Kashika Selvam juga dilakukan secara berasingan di rumah masing-masing ketika PKP.”

Cecilia Wong, Ketua Saluran Astro Ceria
Pengacara Ceria Megastar 2020 - Nabil Ahmad

Senarai Peserta Ceria Megastar

Nama/Nama KumpulanBakat
AmiraBermain drum
AdindaNyanyian
Group 17Lakonan
HaiqalSilap mata
Ija ZYCTarian
KowacheeTarian
NanaNyanyian
Yaashwin‘Human Calculator’

Format Penjurian

Format penjurian adalah terbahagi kepada dua, di mana nasib para peserta akan diadili berdasarkan pemarkahan oleh barisan Juri Tetap dan undian peminat secara dalam talian. 60 peratus keputusan ditentukan oleh juri yang akan menilai para peserta berdasarkan pecahan markah bagi elemen persembahan (20%), elemen kreativiti (20%), penampilan (10%) dan faktor ‘Wow’ (10%). Setiap minggu, pihak juri juga akan menganugerahkan ‘Star of the Week’ kepada peserta yang memperoleh markah tertinggi. Di samping itu, lebihan 40 peratus pula ditentukan oleh undian peminat secara dalam talian menerusi laman rasmi www.astroceria.com.my/megastar.

Hadiah Kemenangan

Juara Ceria Megastar akan membawa pulang wang tunai bernilai RM25 ribu beserta trofi sumbangan Astro. Manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula masing-masing akan memenangi RM15 ribu dan RM10 ribubeserta trofi. Tempat keempat pula akan menerima hadiah saguhati bernilai RM5 ribu beserta trofi.

Info Siaran Ceria Megastar

Ceria Megastar akan kembali bersiaran mulai Sabtu, 20 Jun 2020, jam 9.00 malam menerusi saluran Astro Ceria (611) dan Ceria HD (631) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel. Siaran secara serentak juga akan dipancarkan di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (124).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apple Bakal Lancar iOS 14 Dengan Widget Pada Skrin Utama

Bantu Wanita Susah Dengan Celepets Care