in , ,

Apple Bakal Hadir Dengan MacBook Berwarna Hitam Kusam?

Apple kini telah memfailkan sebuah paten baharu, memperlihatkan mereka sedang bereksperimen dengan penggunaan warna hitam kusam pada peranti keluaran mereka seperti MacBook, iPhone, iPad dan lain-lain.

Melalui apa yang difailkan, Apple menggunakan lapisan teranod untuk mencapai warna hitam kusam. 

Ia diperkatakan yang mana warna hitam adalah sangat sukar dicapai, dan kebanyakkan di pasaran adalah produk berwarna kelabu gelap atau biru gelap. Pada masa yang saa, sekiranya membuat warna hitam, ia lebih kepada berbentuk lapisan yang memantul cahaya, atau berbentuk “licin”. Warna hitam kusam pada produk, terutamanya berasaskan aluminium, besi atau titanium adalah sukar.

Buat masa ini, Apple masih tidak pernah menawarkan warna hitam kusam pada MacBook, dan semestinya penawaran komputer riba dengan warna ini akan mencuri perhatian ramai dan ingin mendapatkannya.

Apple sekadar memfailkan paten sahaja buat masa ini, dan tidak diketahui lagi sama ada ia akan direalisasikan atau sebaliknya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

YUSOF HASLAM

Yusof Haslam Sahkan Tidak Hasilkan Filem Gerak Khas Selepas Drama Bersiri Berakhir

FAM & JDT Ucap Takziah Buat Syafiq, Bendera Kelab JDT di Pasang Separuh Tiang