in , ,

FAM & JDT Ucap Takziah Buat Syafiq, Bendera Kelab JDT di Pasang Separuh Tiang

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengucapkan takziah kepada penyerang kebangsaan, Syafiq Ahmad yang kehilangan anak lelaki dan ibu mentuanya selepas terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Plaza Tol Jawi, awal pagi tadi.

Dalam kejadian itu, Syafiq, 25, dan anak perempuannya yang berusia dua tahun, Aaira Nur Safiyya dilaporkan cedera ringan, manakala isterinya, Nor Amalina Norain, 25, cedera parah.

“Kami mendoakan semoga isterinya diberikan kesembuhan,” kata badan induk itu dalam satu kenyataan, hari ini.

Bayi lelakinya yang baru lahir pada 14 November lalu, Muhammad Aisy Saqeef; ibu mentuanya, Zainab Wahab, 45, dan pembantu rumah warga Indonesia, Titik Sukamti, 30-an dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Sementara itu, kelab yang diwakili Syafiq, Johor Darul Ta’zim (JDT) turut menghulurkan ucapan takziah kepada penyerang Harimau Malaya itu.

“Kami ingin mengucapkan salam takziah kepada Syafiq Ahmad, pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim atas pemergian ahli keluarga beliau. Semoga dicucuri rahmat ke atas roh Allahyarham. Al-Fatihah,” kata kelab itu dalam kenyataan di Facebook rasmi, JOHOR Southern Tigers, hari ini.

Fam &Amp; Jdt Ucap Takziah Buat Syafiq, Bendera Kelab Jdt Di Pasang Separuh Tiang

Bendera Kelab JDT di Pasang Separuh Tiang

Bendera Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) diturunkan separuh tiang di Stadium Sultan Ibrahim sebagai tanda penghormatan kepada penyerangnya, Syafiq Ahmad dan keluarga.

Arahan itu dikeluarkan oleh pemilik kelab yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Tunku Ismail telah menghantar Setiausaha Sulit Baginda bersama dengan pegawai agama Jabatan Agama Islam Negeri Johor ke Pulau Pinang untuk membantu Syafiq Ahmad, pemain Kelab Johor Darul Ta’zim yang telah kehilangan ahli keluarga terdekat pada pagi tadi.

“Tunku Ismail juga bertitah untuk bendera JDT di Stadium Sultan Ibrahim diturunkan separuh tiang, stadium diterangi dengan lampu putih dan mesej takziah dipaparkan di skrin besar sebagai tanda penghormatan kepada Syafiq sekeluarga. Upacara Tahlil juga akan diadakan selama tiga hari,” kata kelab itu dalam kenyataan, hari ini.

Syafiq yang juga pemain skuad Harimau Malaya terbabit dalam kemalangan awal pagi tadi yang mengorbankan bayi lelakinya yang berusia 22 hari.

Dua lagi yang maut dalam nahas kira-kira jam 5.30 pagi di KM163 Lebuh Raya Utara Selatan di Sungai Bakap itu ialah ibu mentuanya, Zainab Wahab, 45, dan pembantu rumah warga Indonesia, Titik Sukamti, 30an.

Dalam kejadian itu, Muhammad Syafiq, 25, dan seorang lagi anak perempuannya, dikenal pasti sebagai Aaira Nur Saffiya, 2, cedera ringan, manakala isterinya, Nur Amalina Nur Ain, 25, parah.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tim Cook | 23

Apple Bakal Hadir Dengan MacBook Berwarna Hitam Kusam?

Aishah | 24

Aishah Geram Usahawan ‘Claim’ Produk Berkesan, Padahal Kurus Hasil Pembedahan