in , , ,

Apa Rahsia Lagu DONDE Trending di Youtube Malaysia

Penyanyi remaja Andi Bernadee yang semakin mendapat tempat di hati peminat muzik tempatan kini tampil dengan singlekeempatnya “Donde”.

Taruhan terbarunya ini bakal mengukuhkan lagi tempat penyanyi ini sebagai satu-satunya penyanyi lelaki generasi baharu dalam barisan pelapis pejuang muzik urban di arena muzik arus perdana Malaysia.

Menerusi “Donde”, Andi sekali lagi bekerjasama dengan rapper dan penerbit tersohor, Alif yang juga bertindak sebagai komposer, penulis lirik dan penerbit rakaman lagu ini. Lagu ini turut menyuntik elemen muzik latin dalam susunan muziknya.

EKSKLUSIF: Andi Bernadee Perjelas Maksud DONDE & Simbolik dari Video Muzik

Penggunaan muzik latin ini seiring dengan penggunaan istilah ‘donde’ yang membawa maksud ‘di mana’ dalam Bahasa Sepanyol, sekaligus bertepatan dengan tema pencarian dalam lagu ini. 

Pelancaran Andi Bernadee DONDE

Video Muzik Rasmi ‘Donde’ Memasuki List Trending Di Youtube Sejak Dilancarkan

Video muzik rasmi “Donde”arahan Azfar Hamidi daripada MTAS Production ini membawakan konsep lelaki psiko yang sedang mencari seseorang. Video muzik lakonan Andi sendiri ini telah memasuki list trendingYouTubesejak dilancarkan.

SingleDonde” terbitan Warner Music Malaysia iniboleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 29 MAC 2019 manakala video muzik rasmi “Donde”boleh ditonton di saluran Youtube Warner Music Malaysia bermula 10 APRIL 2019 yang lepas. 

Pautan Youtube untuk video muzik rasmi “Donde”: https://wmm.lnk.to/Donde/youtube

IKUTI PERKEMBANGAN LANJUT ANDI BERNADEE DI MEDIA SOSIAL

FACEBOOK                  :https://www.facebook.com/andibernadee2015

INSTAGRAM                  :https://www.instagram.com/andibernadee

Pelancaran Andi Bernadee DONDE
Pelancaran Andi Bernadee DONDE
Pelancaran Andi Bernadee DONDE
Pelancaran Andi Bernadee DONDE

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelakon Train To Busan, Ma Dong Seok Bakal Bintangi Filem Marvel Bersama Angelina Jolie

Dapat Restu Keluarga, Elly Mazlein Bakal Nikah Tahun 2020