in , ,

Senarai Drama Terbaik di Anugerah Skrin 2017

Anugerah Skrin 2017 bakal kembali di sekitar bulan November tidak lama lagi. Bagi memulakan fenomena Anugerah Skrin 2017 ini, 13 buah drama antara yang tercalon dalam Anugerah Drama Terbaik Anugerah Skrin 2017 akan ditayangkan bermula 18 September ini.

Menurut Pengarah Penjenamaan, Kandungan Dan Strategi, Rangkaian Televisyen, Media prima Berhad, Cik Sherina Nordin “Tahun ini merupakan kali pertama kami menyiarkan drama-drama tercalon dari rakan stesen televisyen yang lain seperti RTM dan HYPPTV sebagai tanda penghargaan kami kepada semua pihak yang telah berkorban untuk menghidupkan dan mengangkat martabat karya seni tanah air. Itu merupakan antara kelainan besar yang kami bawakan dalam Anugerah Skrin 2017 dan kami berharap agar inisiatif ini mendapat sokongan padu daripada masyarakat tempatan.”

Berikut adalah senarai telefilem-telefilem ASK 2017 yang bakal disiarkan di TV3 bermula 18 September sehingga 30 Oktober 2017.

MAK TAK BAGI BALIK

SAPHIRE SCREEN SDN.BHD.

Rosnah dilahirkan dalam satu keluarga miskin di satu kawasan pedalaman. Ibu dan bapanya, Ismail dan Rohani mengambil upah menoreh getah. Hasil jualan kadang kala turun dan naik. Walaupun keluarga mereka hidup serba susah, namun mereka tidak pernah mengabaikan pelajaran anak mereka. Rosnah ditawarkan ke sekolah berasrama penuh. Jualan getah makin merosot, Rohani pesan kepada Rosnah supaya tidak balik ke rumah sepanjang bulan ramadan nanti. Memikirkan tentang Hari Raya bakal tiba, Rohani makin terdesak mencari duit untuk dikirimkan kepada Rosnah untuk belanja Rosnah pulang. Hampir semua pelajar di asrama sudah pulang, Mahayu serba salah kerana Rosnah masih menunggu kiriman duit daripada kedua orang tua untuk perbelanjaan pulang. Akhirnya Rahmat dan Sakinah berkeras untuk menghantar Rosnah pulang. Kepulangan Rosnah memerangjatkan Ismail dan Rohani, kebetulan Sakinah adalah sepupu Rohani yang sekian lama mencari Rohani. Ibu Rohani rindukan Rohani, Rohani enggan pulang kerana ibunya tidak membenarkan dia pulang tetapi Sakinah memberitahu ibu Rohani telah pun memaafkannya.

Pelakon: Adik Izuan Fitri, Adik Izuan Fikri, Adik Nurul Fateha, Vanidah Imran, Khir Rahman, Shahromnizam, Ieka Zulkifli

Print

KAPCAI AYAH

RADEN PICTURES SDN BHD.

Haikal bangga dapat membonceng motosikal bersama ayahnya ketika dia masih kecil. Namun, perasaan itu mula hilang, walaupun motosikal itu masih menjadi pengangkutan tetap ayahnya. Jamil sangat sayangkan motosikalnya walaupun luarannya sudah buruk. Baginya, dia akan menggunakan khidmat motornya itu selagi boleh. Haikal yang semakin dewasa mula lupa akan jasa motosikal itu kepadanya, dan berasa malu sekiranya jamil menunggang motosikal tersebut. Akhirnya, haikal sedar bahawa motosikal tersebut yang menjadi penyelamat hidup ketika dia berada di saat genting.

Pelakon: Hasnul Rahmat, Marissa Yasmin, Saharul Ridzwan, Hana Aqeela, Rahhim Omar

MENANTU MATERIAL (HYPP TV)

ORANGETREE Communications SDN.BHD.

Emilya merupakan anak perempuan tunggal En Ariffin dan Puan Ainon. Dalam sejarah keluarga Ainon mereka sangat berpegang kepada satu kepercayaan di mana jika anak perempuan yang sudah memasuki usia 27 tahun tetapi masih belum berkahwin, berkemungkinan mereka akan memegang gelaran sebagai andartu untuk selama-lamanya. Setiap hari Ariffin dan Ainon akan memikirkan cara untuk buat Emilya terbuka hati untuk berkahwin.

Pelakon: Janna Nick, Nazim Othman, Dazrin Kamarudin, Ilyya Buang, Fazlina Ahmad Daud, Nonny Nadirah

Movie Poster

SALING (RTM)

UNIT DRAMA TV RTM

Rawan, seorang bapa tunggal yang menyara hidup satu-satu anaknya sebagai penarik beca. Rawan sangat menyayangi anaknya Umar hingga segalanya tentang Umar adalah betul. Umar agak nakal di belakang ayahnya, namun hakikatnya dia sangat menyayangi ayahnya. Suatu hari bekas isteri Rawan iaitu Mahira datang mahu bawa Umar ke Kuala Lumpur. Rawan pertahankan Umar dan Umar juga tidak mahu mengikuti ibunya. Umar mencuba untuk pujuk Mahira tetapi Mahira pula memberikan syarat bahawa dia mahu RM20 ribu jika Rawan tidak mahu kes jagaan anak berpanjangan. Rawan resah terpaksa usaha mencari wang dalam tempoh 2 bulan yang diberikan.

Pelakon: Khir Rahman, Aisya Hasnaa, Bell Ngasri, Raif Irfan, Amyza Adnan

Poster-Terima KAsih Ramadan

TERIMA KASIH RAMADAN

ZK CREATIVE PRODUCTION SDN.BHD.

Kehidupan Maria dan Iskandar bertambah bahagia sejak mengambil Ramadan sebagai anak angkat. Kehadirannya dalam hidup mereka. Seolah telah lengkap keluarga yang diidamkan Maria selama ini. Ramadan mendapat kasih sayang dan perhatian dari Maria dan Iskandar.Kebahagiaan keluarga bertambah dua kali ganda tatkala Maria menerima berita gembira beliau disahkan hamil. Mereka mengganggap Ramadan membawa rahmat besar dalam keluarga mereka. Namun, langit tidak selalu cerah. Ketika Ramadan menuruni tangga, Ramadan secara tidak sengaja terlanggar Maria sehingga tergelincir jatuh. Kandungan Maria gagal diselamatkan, zuriat yang ditunggu bertahun lamanya musnah dalam sekelip mata. Sejak dari itu, tiada gelak ketawa dalam keluarga itu. Ramadan tidak berhenti berdoa agar Maria menerimanya seperti dahulu kala.

Pelakon: Fasha Sandha, Ben Ladin, Razak Ahmad, Azizah Mahzan, Aqasha

CINTA KHOLDI (HYPP TV)

Nafalia Corporation SDN.BHD.

Apabila kedua-dua orang tuanya, iaitu En Sabar dan Pn Sabariah mahu mencari jodoh buat Wani, di saat itu dia memperkenalkan Kholdi. Ibunya pengsan kerana terkejut dengan pilihan Wani, seorang lelaki berkulit gelap, warga Afrika. Namun begitu, orang tuanya masih membenarkan Kholdi menetap di rumah mereka supaya dapat berkenalan dengan ahli keluarganya. Namun, ahli keluarganya masih tidak dapat menerima kehadiran Kholdi, menyebabkan hubungan Wani dan Kholdi terpaksa diputuskan.

Pelakon: Aisya Hasnaa, Kaiho Rikambura, Man Raja Lawak, Rashidah Jaafar

STESEN, SERONDENG, SAMPAN SERINGGIT (RTM)

UNIT DRAMA TV RTM

Nadi dan Adim merupakan sepupu baik di sebuah perkampungan di tepian sungai. Sejarak sebuah sungai memisahkan mereka dengan dunia moden bandar. Nadi membesar dengan Maksu Kaseh iaitu ibu kepada Adim. Sejak kematian ibu Nadi, Maksu Kaseh yang menjaganya. Dulu ayah Nadi iaitu Osman tinggal bersama Maksu Kaseh. Osman ialah abang kepada Maksu Kaseh. Desakan ekonomi, Nadi difahamkan yang Osman perlu kerja di bandar. Maka, pada 1 Syawal pagi, Osman menaiki kereta api dengan harapan mencari rezeki lebih baik. Nadi diberi janji pada 1 Syawal akan datang, ayahnya akan pulang. Janji itu 3 tahun yang lalu. Setiap 1 Syawal Nadi ditemani Adim menunggu di Stesen kereta api berharap Osman pulang dan mengubah hidup mereka.

Pelakon: Khir Rahman, Wan Azli Wan Jusoh, Husairi Husain, Kamarol Yusof, Rosnah Johari, Raif Ikhwan, Raif Irfan

poster mengharap sebuah keredhaan

MENGHARAP SEBUAH KEREDHAAN

MACHEALLSTAR UNITED SDN.BHD.

Syima yang merana dengan kehidupanya sekarang kerana ayahnya Talib penagih dadah, Talib sudah berapa kali keluar penjara namun kerana fikirkan ayahnya, Syima terpaksa juga menanggung ayahnya itu. Walaupun disisih oleh orang kampung. Dalam masa yang sama Shima mula didekati oleh Amir. Amir juga bekerja di kilang yang sama dengan Shima. Talib merestui hubungannya dengan Amir. Namun semuanya terbongkar. Rupa-rupanya Amir yang juga pilihan Talib adalah penagih dadah dan pengedar dadah tegar sama seperti ayahnya. Syima semakin tertekan selepas mengetahui yang dia sudah mengandung beberapa minggu.Syima tidak sampai hati melihat mereka berdua berterusan menjadi hambar dadah. Dia akhirnya nekad melaporkan kepada pihak polis supaya Amir dan Talib ditangkap.

Pelakon: Namron, Aeril Zafrel, Nad Zainal, Saidi Sabri, Sabri Yunus

HAYAT

SUHAN MOVIES & TRADING SDN.BHD.

Hayat menemui Zaki dan mendengar peluang perniagaan yang diceritakan oleh Zaki. Hayat terpaksa mendapatkan duit lebih bagi menampung keluarganya, tambahan lagi anak ketiganya bakal dilahirkan. Hayat buntu memikirkan kesusahan keluarganya. Akhirnya, Hayat terperangkap dalam sejenis perniagaan pelaburan. Kelahiran anak ketiganya Rizki membawa sinar dalam keluarga mereka. Oleh kerana ingin senang, Hayat mengambil mudah tentang pelaburan yang berasaskan riba.

Pelakon: Fezrul Khan, Fikhree Bakar,  Ayu Raudhah, Fimie Don, Bella Dowana, Habiel Lutfillah, Nurin Zulkiflee

KAPUR KUNING BUAT PUTEH (RTM)

UNIT DRAMA TV RTM

Puteh seorang pelajar yang ceria, bijak dan kreatif. Warna kegemarannya ialah Kuning. Dia seorang pengawas dan disegani oleh semua di sekolah. Puteh paling rapat dengan dua orang gurunya iaitu Cikgu Suraya dan Cikgu Haikal. Di dalam kelas, Cikgu Suraya iaitu cikgu kelas akan tulis 3 nama dan selalunya, nama Puteh akan berada di tangga pertama. Kawan sekelas Puteh iaitu Jaja dan Andy   cemburu dan dengki terhadap Puteh. Satu hari, kereta Ayah Puteh rosak, dia mahu segera naik motor menghantar Puteh ke sekolah. Setelah tiba di sekolah, Puteh menyelamatkan Andy yang hampir dilanggar oleh sebuah motosikal, namun sebaliknya Puteh yang dilanggar motosikal tersebut.

Pelakon: Azhan Rani, Shakila Khoriri,Puteri Syasya Mashithah, Izuan Fitri,Syed Ahmad Zukhairi,Ruminah Sidek

TRAUMA

JS PICTURES SDN BHD.

Kisah bermula dengan sekumpulan kawan yang mengenali antara satu sama lain melalui internet. Roza, mencadangkan mereka keluar bercuti dengan menyewa sebuah rumah. Roza menyambut kedatangan semua dengan mesra. Ketika Haneem tiba, dia ditegur oleh jiran berdekatan yang agak aneh, namun tidak diendahkannya.

Pagi bermula dengan Faz menuduh Edi mencuri telefon bimbitnya yang hilang kerana Edi kelihatan mencurigakan. Ketika mencari di setiap pelusuk rumah, tubuh Roza dijumpai tidak bernyawa di dalam bilik air. Selepas seorang demi seorang meninggal dunia dalam keadaan yang mengejutkan, sehingga Budin dan Jaja sahaja yang tinggal. Mereka yang sedang cemas untuk keluar daripada rumah tersebut tiba-tiba ditegur oleh Roza.

Pelakon: Janna Nick, Saharul Ridzwan, Zara Zya, Dayana Roza, Idris Khan, Raja Afiq, Indah Emeerlda Dfkl

PETANDA

PRIMEWORKS STUDIOS SDN.BHD.

Sheeda berjumpa dengan seekor kucing bernama Cun di lorong sunyi ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah. Cun sangat manja dengan Sheeda dan mereka menjadi rapat. Kak Siti pula baru berpindah di situ, dia suka bergaul dengan Sheeda dan Maznah, ibu Sheeda. Suatu hari, Sheeda tidak pulang dari sekolah dan hilang secara misteri. Maznah dan Ramlan buntu mencari anaknya. Ketika mereka menunggu keputusan siasatan polis, Kak Siti sentiasa datang memberikan semangat.

Pelakon: Faizal Hussein, Aleza Shadan, Diana Rafar, Gambit Saifullah, Khayrisyah Kemal, Jay Iswazir

YANG TERAKHIR UNTUKKU

ORANGETREE PRODUCTION SDN.BHD.

Jay telah membuat perjanjian dengan adiknya, Min, bahawa rompakan yang bakal dilakukan adalah rompakan yang terakhir sebelum mereka memulakan hidup baru. Untuk mendapatkan fail yang berisi kontrak yang diperlukan majikannya, Jay telah menyamar dan bekerja sebagai tukang kebun di rumah Dato dan Datin itu. Jay tidak menyangka bahawa Dhia, anak kepada Dato, sedang berada dalam rumah dan menyedari perbuatannya memecah masuk ke bilik Dato. Jay ditangkap oleh pihak polis dan Dhia berasa amat kecewa akan tindakan Jay. Beberapa tahun berlalu, Jay dibebaskan dari penjara. Min bertemu Jay setelah dijaga baik oleh Dhia. Dhia pula masih menunggu Jay kerana baginya Jay adalah satu-satunya lelaki yang terakhir buatnya.

Pelakon: Izara Aisyah, Sharnaaz Ahmad, Puteri Aisyah, Aleza Shadan, Mahmud Ali Bashah

Selain itu, pengundian atas talian bagi pencalonan Drama Rantaian Popular Media Sosial juga akan mula dibuka pada pertengahan September. Bermula 15 September hingga 20 Oktober, para peminat Drama Rantaian Popular Media Sosial, Andainya Takdir, Pembancuh Kopi Mr. Vampire dan Pergilah Air Mata boleh mengundi drama pilihan mereka di laman sesawang rasmi ASK 2017 (www.anugerahskrin.com) dengan had undian sebanyak dua undian sehari.

Saksikan drama-drama terbaik ini pada setiap Isnin dan Selasa pada pukul 10 pagi bermula 18 September sehingga 30 Oktober 2017. Hidupkan juga perbualan di media sosial dengan tanda pagar #ask2017. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Instagram dan youtube TV3 iaitu @TV3Malaysia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Catch the Middleweight World Championship Canelo Alvarez vs Gennady Golovkin

Firefly Airlines Touches The Hearts This Malaysia Day