in , , ,

Anugerah Oscar 2019 Takkan Ada Pengacara

SELANG 30 tahun, majlis Anugerah Akademi 2019 anjuran Academy of Motion Pictures Arts and Sciences akan sekali lagi berlangsung tanpa dikendalikan oleh pengacara seperti kelazimannya.

Majlis gilang-gemilang yang mengiktiraf karyawan filem Hollywood itu akan diadakan pada 24 Februari ini dan dijangka berlangsung selama tiga jam. Pada Disember lalu, pengacara Anugerah Akademi atau Oscar 2019 menjadi polemik selepas pelakon komedi, Kevin Hart membuat keputusan menarik diri daripada bersetuju mengendalikan acara itu.

“Kami sahkan bahawa tidak akan ada pengacara pada Anugerah Akademi,”

– jurucakap penganjur kepada media antarabangsa.

Penarikan diri Hart beberapa jam selepas namanya diumumkan sebagai pengendali acara berprestij itu dibuat selepas dia menerima kecaman kerana memuat naik kenyataan berbaur homofobia di laman Twitter.

Selepas memohon maaf di atas keterlanjurannya, Hart membuat keputusan untuk tidak menjadi pengacara Oscar 2019.

“Saya memilih untuk berundur sebagai pengacara Oscar tahun ini kerana saya tidak mahu menganggu acara yang seharusnya diraikan oleh banyak artis berbakat,”

– Kevin Hart

Difahamkan, penerbit Anugerah Akademi ke-91 juga merancang untuk memperkenalkan format baharu dengan seleksi artis Gred A Hollywood akan diundang bagi mengumumkan pelbagai segmen.

Kali terakhir Oscar diaadakan tanpa kehadiran pengacara ialah pada 1989.

Pengacara atau hos Oscar merupakan perkara yang sangat penting bagi penganjur majlis berkenaan kerana individu yang mengendalikannya akan menjadi penentu kejayaan acara tersebut.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, beberapa pengacara Oscar sering dikritik.

Aktor Neil Patrick Harris misalnya, menjadi mangsa kritikan pada 2015 dan memberitahu dia sudah serik serta tidak akan melakukannya lagi.

Dua edisi Oscar sebelum ini dikendalikan oleh personaliti televisyen terkenal, Jimmy Kimel sementara pelakon komedi, Chris Rock pula mengendalikan acara yang sama dua kali iaitu pada 2005 dan 2016 sementara pengacara ternama, Ellen DeGeneres pula menjadi hos pada 2007 dan 2014.

Billy Crystal diberi tanggungjawab yang sama selama sembilan kali manakala Raja Oscar, Bob Hope poula menempa sejarah kerana mnenjadi pengacara Oscar selama 18 tahun pada 1940 hingga 1978.

Kevin Hart

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jangan Terkejut, Ini Wajah Terbaharu Celine Dion

LimaLeTop di hurr.tv Kini Live Bersama Penonton!