in

Anuar Zain, Ning Baizura, Faizal Tahir di Rakaman Ghazal Rock

TV3 kini sedang rancak menjalani sesi rakaman untuk sajian istimewa bagi penonton setia bagi lebaran yang bakal tiba!

Sehubungan dengan itu, sesi rakaman sebuah program Syawal, “GHAZAL ROCK” dijadualkan akan berlangsung pada minggu depan, hari Rabu. “Ghazal Rock” merupakan program unik berkonsepkan ‘muzikal dua genre’ menggabungkan irama ghazal dan rock yang dihoskan oleh Ally Iskandar dan Faizal Ismail (Hot FM). Turut memeriahkan program ini ialah Anuar Zain, Ning Baizura, Faizal Tahir, Ella, Jinbara dan Kumpulan Ghazal Istana Budaya.

Tarikh: 27 Ogos 2008 (Rabu)
Masa : 3.00 ptg
Tempat: Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam
Pakaian: Smart Casual

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rabbani, Ikram Dinzly, Zek Zaidi Di Kesyukuran Dalam Kemeriahan Ramadan Al-Mubarak

Tony Eusoff, Jehan Miskin dan Cheryl Samad dalam Drama Frontpage