in

Tony Eusoff, Jehan Miskin dan Cheryl Samad dalam Drama Frontpage

“Frontpage” menyaksikan kehidupan sebenar golongan wartawan di suratkhabar terunggul di Malaysia: The Voice. Turut memaparkan babak di sebalik takbir di suratkhabar harian yang lebih berani dan telus di samping mengisahkan kehidupan watak utama iaitu Andrea, editor yang dikagumi semua, lakonan Bernie Chan; Jack, wartawan yang arif tentang selok-belok kota dimainkan oleh Tony Eusoff; Dylan, wartawan kesayangan editor, lakonan Jehan Miskin; dan Nerina, wartawan baru oleh Cheryl Samad. Pelakon pembantu termasuklah Nell Ng dan Nurakhtar Mohd Amin.

Dengan muatan liputan mengenai bencana alam kepada jenayah yang pelbagai, kes penculikan, rompakan, penjenayah yang mahir dan licik, dunia sukan dan hiburan, Frontpage pastinya akan memberikan anda gambaran jelas mengenai dunia kewartawanan dengan membawa anda ke dunia di mana terciptanya sebuah berita itu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Anuar Zain, Ning Baizura, Faizal Tahir di Rakaman Ghazal Rock

TRIVIA: KAD PENGENALAN SIAPA NI?