in ,

Anuar Zain Cari Peminat Setia Makan Angin di Jordan?

Korang minat dengan Anuar Zain tak? Minat saja tak cukup sebab Anuar Zain khabarnya tengah mencari peminat yang betul-betul setia untuk diterbangkan ke negara Jordan. Buat apa kat sana?

Ish, janganlah tanya sebab Budiey pun baru je dengar ura-ura yang tersebar sekarang ini, Anuar Zain tengah merancang untuk mengumpulkan peminat setianya untuk melancong bersama di Jordan!

Melancong dan makan angin di negara Timur Tengah dengan Anuar Zain? Ish siapa tak nak! Kalau Budiey ada cukup duit dan peluang, kompem Budiey pun nak melancong dengan penyanyi Lelaki Ini. Haha, giler tak nak! Best kot! Tambah lagi, Budiey tak pernah sampai ke sana. Jadi, nak gak rakam travelogue bersama Anuar Zain di Jordan. Haa, mampu ke tak?

anuar zain

OMG! OMG! Bestnyaaaaa! Anuar Zain kot. Tapi korang tahu ke berapa RM seorang untuk pakej melancong ni? Hik! Budiey pun tak pasti dan tak tahu lagi ni. Tu yang kena pergi jumpa Anuar Zain petang ni.

Dengar citer, trip melancong ke Jordan ini sangat eksklusif ya. Yang dapat ke sana pun memang la eksklusif sebab dapat bertepuk tampar dan berlaga bahu dengan Anuar Zain sambil menyaksikan keindahan alam dan tempat bersejarah di Jordan. Antara tempat menarik yang akan dilawati ialah Amman, Jarash, Petra dan Dead Sea. Walawei bestnya.

Budiey tak nak la citer lebih-lebih pasal trip ni sebab Budiey kena tunggu pengumuman dari mulut Anuar Zain sendiri di satu majlis sidang media Pengumuman MAGICAL JORDAN WITH ANUAR ZAIN yang berlangsung di salah sebuah restoran terkemuka di Kuala Lumpur pada jam 3 petang nanti.

Tapi ada desas-desus mengatakan, peminat yang mengikuti rombongan melancong dan makan angin bersama Anuar Zain ini dapat menonton persembahan Anuar Zain di Jordan Valley Marriott Resort & Spa. Fuh, dapat tengok show Anuar Zain lagi. So, bukan setakat jalan-jalan je la ye?

Budiey rasa, ini adalah pertama kali Anuar Zain mengadakan persembahan di Jordan disaksikan oleh para peminatnya dari Malaysia. Haa, bukan calang-calang tu!

Apa-apa pun nantikan entry terbaru tentang trip Anuar Zain ke Jordan yang Budiey akan siarkan pada jam 3 petang ini.

Bye semua!

anuar-zain-jordan

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Tiada Penyingkiran di Separuh Akhir Bintang Mencari Bintang

Nur Fathia Dedah Rahsia Rambut Sihat