in ,

Anuar Zain Ajak Peminat Melancong Ke Jordan

Melancong dan makan angin dengan Anuar Zain? Ish siapa tak nak! Kalau Budiey ada cukup duit dan peluang, kompem Budiey pun nak melancong dengan penyanyi Lelaki Ini. Haha, giler tak nak! Best kot! Tambah lagi, Budiey tak pernah sampai ke sana. Jadi, nak gak rakam travelogue bersama Anuar Zain di Jordan. Haa, mampu ke tak?

[pullquote]Okay, Budiey percaya, dengan tersiarnya berita hari ini, dah tentu ada yang rela pecahkan tabung dan berjimat cermat kumpul duit semata-mata nak merasai keseronokan melancong bersama Anuar Zain dengan layanan VIP.[/pullquote]

OMG! OMG! Bestnyaaaaa! Anuar Zain kot. Hik!

Pada jam 3 petang ini, Budiey mendapat seruan jemputan daripada penganjur (Scene, Leisure & Event) untuk menghadiri satu majlis sidang media Pengumuman MAGICAL JORDAN WITH ANUAR ZAIN yang berlangsung di Restoran Songket, No. 29, Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur. Terima kasih Sam Kassim atas undangan!

Di sidang media ini, Anuar Zain mengumumkan bahawa beliau akan terbang ke Jordan bersama peminat dan melancong selama 7 hari 5 malam bermula pada 13 November 2014. Antara tempat menarik yang akan dilawati ialah Amman, Jarash, Petra dan Dead Sea. Haa, amacam menarik tak?

Yang menariknya, kepada peminat yang mengikuti rombongan melancong dan makan angin bersama Anuar Zain ini dapat menonton persembahan Anuar Zain di Jordan Valley Marriott Resort & Spa.

Budiey rasa, ini adalah pertama kali Anuar Zain mengadakan persembahan di Jordan disaksikan oleh para peminatnya dari Malaysia. Haa, bukan calang-calang tu!

Pasti anda semua nak tahu berapakah harga pakej MAGICAL JORDAN WITH ANUAR ZAIN ni kan? Okay, harganya hanya RM9,999 untuk seorang. Budiey dikhabarkan, Anuar Zain hanya mensasarkan jumlah peminat seramai 200 orang untuk mengikuti trip layanan 5 bintang ini. Peserta rombongan boleh menempah tiket dengan menghubungi Scene, Leisure & Event: 03 8073 3648.

anuar-zain-jordan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nur Fathia Dedah Rahsia Rambut Sihat

Abby Abadi Sah Bercerai Talak Satu