in ,

Wani Comel Meninggal Dunia Akibat Covid-19

Berita yang sedang tular pada hari ini, Wani Comel disahkan meninggal dunia pada pukul 9 malam tadi (18 Ogos 2021) akibat jangkitan COVID-19. Al-Fatihah. Sama-sama kita doakan agar roh mereka ditempatkan dalam golongan orang yang beriman.

Personaliti media sosial yang pernah tular mengenai kisah masalah berat badannya, Wani Comel dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 9 malam tadi (Rabu) dipercayai akibat jangkitan COVID-19.

Kawan baik Wani iaitu Putri Nur Rabiatul Nabihah juga meninggal dunia pada hari yang sama pada pukul 4.40 pagi semalam akibat jangkitan yang sama.

Wani Comel Meninggal Dunia Akibat Covid-19

Menerusi instagram @wanicomel20, ibu bapa kepada Rabiatul memohon agar warganet mendoakan kebahagiaan kedua-duanya di alam sana.

Wani Comel Meninggal Dunia Akibat Covid-19 Wani Comel Meninggal Dunia Akibat Covid-19

“Saya ingin maklumkan Nurul Airawani Nazira @Wani Comel dah kembali ke rahmatullah pada jam 9pm tarikh 18 Ogos 2021.

“Wani pergi dihari yang sama anak saya meninggal.Mereka berdua meninggal disahkan COVID-19. Allahuakbar Allahuakbar.

“Sayu hati saya dua insan yang saya sayangi telah pergi di hari yang sama.

“Saya mohon pada semua rakan rakan sedekahkan AlFatihah utk Wani Comel dan Putri Nur Rabiatul Nabihah,”

Difahamkan Wani juga telah menerima vaksin lengkap kira-kira seminggu lalu.

Wani Comel Meninggal Dunia Akibat Covid-19

MENERUSI instagram, Allahyarham Wani pernah berkongsi Sijil digital yang menyatakan dirinya telah menerima vaksin lengkap.

Sebelum ini kisah Wani Comel atau nama sebenarnya Nurul Airawani Nazira Ibrahim,24, pernah tular apabila dikaitkan dengan isu dakwaan dirinya ditipu oleh usahawan kosmetik terkenal.

Wani dan pihaknya juga pernah mengadakan sidang media berhubung perkara itu pada tahun lalu.

Terdahulu, Wani memaklumkan berita sedih mengenai pemergian abang kandungnya, Allahyarham Mohd Saidan Ibrahim yang disahkan meninggal dunia pada 24 Julai lalu disebabkan serangan jantung.

Salam takziah buat keluarga Allahyarhamah Nurul Airawani Nazira dan Allahyarhamah Putri Nur Rabiatul Nabibah. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem MINAMATA Tidak Ditayangkan, Johnny Depp Dakwa Diboikot Hollywood

Anuar Terus Mara Dengan SELAMAT TINGGAL KEKASIH