in , ,

Antara Gosip, Showcase Ella & Oscars

Pagi Isnin biasanya disambut dengan penuh kesegaran minda dengan udara yang menenangkan. Pagi Isnin juga lazimnya saya berpeluang memulakan hari dengan jiwa yang semangat dan motivasi yang tinggi sesudah diberi rehat selama dua hari.

Hakikat sebenar yang berlaku, hidup tidak semesti sentiasa indah. Pagi Isnin hari ini nampaknya saya mengalami monday blues yang begitu menyesakkan nafas. Hati masih diserang rasa bersalah. Langit yang dulunya damai telah dijajah oleh awan mendung kelabu.

Hari ini ramai kawan-kawan yang sanggup bercuti untuk menonton siaran langsung 79th Annual Academy Awards. Tapi saya rasa itu tidak penting dan menjadi keutamaan saya pada waktu ini.

Di JW Marriot, khabarnya pagi-pagi lagi ramai selebriti ternama sudah berhimpun melalui karpet merah dan seterusnya menonton secara langsung anugerah Oscars di sana.

Sanggup kena bangun pagi-pagi untuk disolek agar mata tidak nampak sembab… Mmm… biasanya selebriti jarang bangun pagi kecuali penyampai radio yang kena bertugas awal pagi macam Fara Fauzana & FBI Faizal Ismail.

Dua tiga hari ini, keadaan mental agak terganggu.  Ditambah dengan rasa mengantuk akibat pulang lewat dari showcase Ella di Planet Hollywood semalam. Memang happening show Ratu Rock dengan dihadiri oleh Ella’s Gang, peminat Ella, selebriti dan para wartawan & media.

Nantikan foto aksi lentok Ella dan juga ulasan ringkas untuk show Ella di Planet Hollywood. Di mana lagi kalau bukan di Sensasi Selebriti.

Bercakap pasal Ella, masih ada lagi wartawan nak mengembar-gemburkan gosip berkenaan dengan gambar seorang mamat yang dikatakan bakal suami Ella.

Dah-dah la tu, mamat tu cuma peminat Ella sahaja. Ingat ke dah reda, tapi rupanya makin menjadi-jadi.

Di Utusan Malaysia hari ini, Kak Tim pula buat cerita:

Ella Dengan Siapa Tu?

Kak Tim turut menerima kiriman e-mel gambar Ella dengan seseorang yang kononnya dikatakan bakal suami ratu rock itu.

Kebetulan beberapa hari lalu Kak Tim terserempak Ella. Lalu Kak Tim tanyakan, betul ke lelaki itu bakal teman hidupnya?

Ella terkekeh ketawa dan katanya: “Kak Tim pun terima juga ke e-mel tu. Siapa tu???

Mmmmm! Kita tanya dia tapi dia pula tanya kita semula.

Ella tak kenal ke?

“Tak. Memang Ella tak kenal,?? kata Ella.

Sebab tu Ella, Kak Tim rasa baik kenalkan cepat lelaki pilihan Ella tu. Kalau tidak, lebih ramai lagi lelaki di luar sana dikatakan bakal jadi teman hidup Ella.

“Boleh! Memang Ella akan kenalkan tapi sekarang ni belum tiba waktunya. Ella takut ni sebenarnya. Takut nak kahwin. Bolehke nanti Ella sesuaikan diri??? rengek Ella manja.

Hah! Mulalah tu cari alasan. Jangan Ella! Dah ramai kata pengakuan kahwin daripada Ella hanya cerita gimik.

“Ha! Ah! Tulah Ella malas cerita fasal kahwin ni. Tapi Ella tak kisah orang nak kata apa pun. Yang penting, Ella bahagia sekarang,?? kata Ella tersenyum.

KAK TIM: Wow! Kak Tim tunggu kad kahwin Ella tahun depan. Opppps! Tahun depan ke?

Apa-apa pun, sebagai rumusannya saya rasa anda patut baca artikel yang dikeluarkan oleh Bernama ini. Saya petik dari mStar Online. Ada hubungkait artikel ini dengan penyebaran gambar peminat Ella. Selain mengancam keselamatan, ia juga boleh mencemarkan imej seseorang!

Jangan Sebar Bahan Gugat Keselamatan Awam Di Internet

KUANTAN: Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Fu Ah Kiow mengingatkan media elektronik termasuk Internet supaya tidak menyalahgunakan kemudahan dengan menyebarkan berita atau gambar yang boleh menggugat ketenteraman dan keselamatan awam.

Beliau berkata, walaupun kerajaan tidak menapis sebarang kandungan di Internet, ia tidak bermakna media elektronik mempunyai imuniti daripada dikenakan tindakan undang-undang.

“Sekiranya kita dapat mengesan mana-mana pihak yang menyebar gambar atau berita yang boleh mengancam ketenteraman awam, kita boleh mengambil tindakan undang-undang,” katanya kepada pemberita di majlis Perayaan Tahun Baru Cina 2007 anjuran Jawatankuasa Perunding Kaum Cina Kuantan di sini Ahad.

Beliau diminta mengulas penyebaran gambar Mat Rempit dalam satu laman web sebuah syarikat luar negara.

Ditanya sama ada pihak berkenaan akan dikenakan tindakan, beliau berkata, perkara itu sukar dilakukan memandangkan syarikat itu sukar dikesan kerana menggunakan server luar negara.

Sehubungan itu katanya, pengguna internet perlu berhati-hati setiap kali melayari kemudahan itu dan jangan mudah terpengaruh dengan berita atau gambar menerusi internet.

Beliau turut mengingatkan Mat Rempit supaya tidak mencabar pihak berkuasa terutamanya polis kerana pasukan itu tidak teragakagak untuk mengambil tindakan ke atas mereka sekiranya melanggar undang-undang.

Katanya, tindakan melampau sesetengah Mat Rempit yang melontar botol dan batu ke arah balai polis bukan sahaja mencemarkan imej negara malah imej Mat Rempit itu sendiri.

“Baru-baru ini, saya diberitahu ada seorang jurugambar luar negara diugut dan diancam Mat Rempit, sehingga dia rasa takut. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

Beliau berkata, tiada masalah bagi golongan remaja yang gemar menaiki motosikal secara berkumpulan selagi tidak melanggar undang-undang tetapi malangnya segelintir daripada mereka tidak mematuhi undang-undang. — BERNAMA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apa Yang Menarik Ada di Galleriizu, Wisma UOA?

Filem THE DEPARTED Menang The Best Picture di Anugerah Oscar