in

Antara AIFFA 2015, Filem BUJANG SENANG & Kuching

Menurut sumber dari Bernama, sebuah filem tentang buaya legenda Sarawak, bertajuk ‘Bujang Senang‘ adalah antara tiga filem yang penggambarannya akan dibuat di Sarawak. Filem berharga RM12 juta itu akan diterbitkan bersama-sama oleh Hollywood dan Malaysia.

“Dua lagi filem adalah terbitan Malaysia bertajuk ‘Kilat’ berharga RM6 juta dan ‘Sapok Biki’ diterbitkan oleh Moonbeam Production,” kata Pengarah Festival dan Anugerah Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA), Livan Tajang.

Beliau berkata, memorandum persefahaman bagi penggambaran filem berkenaan di Sarawak akan ditandatangani pada AIFFA akan datang di sini dari 9-11 April. Katanya, acara kemuncak festival itu adalah majlis makan malam gala AIFFA dan penyampaian anugerah pada 11 April di Pusat Konvensyen Borneo Kuching.

Lebih 50 filem bersaing untuk anugerah berkenaan.

AIFFA

Livan berkata, 150 pengeluar filem di ASEAN dan antarabangsa akan menghadiri festival itu, selain 200 selebriti dari China, Vietnam, Filipina, Indonesia, Singapura, Thailand, Kemboja, Laos, Brunei, Myanmar dan Malaysia.

Budiey juga akan terbang ke Kuching, Sarawak untuk buat liputan khas bagi pembaca Budiey.com pada bulan depan. Ini adalah kali kedua, Budiey.com berkolaborasi bersama penganjur untuk mempromosikan AIFFA dan diharapkan semua pembaca Budiey.com di Kuching dapat sedikit info tentang event dua tahun sekali ini.

Tak sabar nak jumpa orang Kuching. 🙂

Pada hari Isnin ini, Budiey akan hadir di Majlis Pelancaran ASEAN INTERNATIONAL FILM FESTIVAL & AWARDS 2015 (AIFFA2015) yang akan diadakan di Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC), Sentul Park, Jalan Strachan (off Jalan Sultan Azlan Shah), Kuala Lumpur.

Kepada semua rakan blogger dan media yang ingin hadir, jangan lupa tarikh 16 Mac ini jam 10.30 pagi. Kita jumpa di sana ya. Dengarnya, ramai tetamu VIP dan selebriti yang akan hadir. Termasuklah Menteri Pelancongan Sarawak dan lagenda Ahmad Nawab serta beberapa orang penyanyi dan pelakon serta pengarah filem popular.

Buat masa sekarang ini, anda boleh mengikuti perkembangan di social media AIFFA :

URL: www.aiffa2015.com
TG: instagram.com/aiffamedia
TW: twitter.com/AIFFA2015
FB: www.facebook.com/Aiffa2013

Jangan lupa untuk ikuti perkembangan Budiey, Cyrill Hassan dan team di Kuching Sarawak di Instagram dan Facebook! Kitorang akan havoc-kan Kuching! See ya!

AIFFA Budiey Isma Alifi Cyrill Hassan

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Kemaluan Arif Dollah Terkena Dubur Saya – Tegar

AIFFA 2015 Asean International Film Festival & Awards