in ,

Yang Anda Patut Tahu Tentang Filem ORANG ITU Lakonan Sofia Jane 

Isu gelandangan bukan lagi isu asing di Malaysia lebih-lebih lagi di kota metropolitan seperti di Kuala Lumpur. Tiada tempat perlindungan yang sempurna serta kebersihan diri dan persekitaran yang tidak terjaga pasti menjadikan taraf kesihatan mereka turut sama terjejas.

Kesukaran dan kepayahan golongan ini menempuh hidup saban hari tanpa tempat berlindung yang sempurna pastinya tidak terbayang dek akal kita semua.

Namun, banyak persoalan yang masih belum tersingkap – mengapa, bagaimana dan kenapa mereka ini tidak berumah dan siapakah mereka sebelum ini?

ORANG ITU

Memandang berat isu tersebut, Ida Nerina bersama-sama dengan Presiden Pertubuhan Pembangunan Kendiri Wanita Dan Gadis (WOMEN:girls), iaitu Low Ngai Yuen bergabung tenaga untuk menghasilkan ORANG ITU yang memaparkan kehidupan manusia gelandangan.

Mendapat ilham daripada situasi sukar kehidupan gelandangan, Yuen berkata bahawa mereka mahu mengumpul dana untuk mendapatkan kit ujian Hepatitis supaya dapat diberikan kepada komuniti jalanan di Kuala Lumpur.

Mempunyai keterbatasan dalam pelbagai keperluan kehidupan, Yuen berhasrat mahu membuka jalan dan memberikan akses kepada komuniti ini terutamanya dalam isu kesihatan.

“Setiap manusia, walau siapa pun mereka,  tak kira status dan kedudukan. Mereka mempunyai kisah tersendiri.

“Termasuk juga mereka yang tidak berumah ini. Kadangkala kita lihat… ada yang berpakaian segak pergi kerja tapi sebenarnya seorang gelandangan. Jadi ‘Orang Itu’  adalah cerita manusia. Setiap manusia ada kisahnya tersendiri,” – Yuen.

Menceritakan mengenai kerjasama dua pengarah untuk sebuah filem, Yuen berkata Ida dan dirinya saling ‘melengkapi’ dalam pembikinan filem ini.

“Ini kali pertama saya bekerjasama dengan Ida dalam sebuah filem. Kami sekepala. Itu perkara yang paling saya senang bila bekerja dengan Ida. Selain masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri,” kata Yuen.

Ida ketika itu turut mencelah mengatakan bahawa dirinya lebih mementingkan aspek lakonan.

“Dari segi lakonan, saya lebih ‘fussy’. Saya mahu pelakon bukan sekadar berlakon, tetapi memahami apa yang disampaikan.

“Apa yang saya suka bila dengan Yuen adalah persefahaman. Mudah dalam mengarah apa-apa babak kerana apa yang tak kena bagi saya… Yuen pun akan fikir yang sama,” – Ida.

Filem Orang Itu

Menyedari impak filem “Orang Itu”, Presiden Persatuan Hepatitis Free Malaysia (HFM), Prof. Dr. Rosmawati Mohamed berkata bahawa pihaknya juga amat teruja untuk bekerjasama dengan WOMEN:girls dalam usaha kempen “Find The Missing Thousands”.

Sofea Jane Sebagai Gelandangan

Menyentuh mengenai pelakon, kata Ida dan Yuen, sudah menjadi impian mereka untuk mengambil Sofea Jane berlakon dalam filem ini.

Ida dan Yuen turut mengakui filem yang ditulis oleh Boon Siang Lim ini dibuat khas untuk Sofea.

“Memang menjadi hajat kami untuk ambil Sofea Jane untuk membawa watak utama, seorang gelandangan dan berusia 60 tahun. Lain dari watak-wataknya sebelum ini.

“Selain itu, saya sendiri punya hasrat untuk filem ini dipenuhi nama-nama besar hanya bagi menjayakan watak sebagai pelakon pembantu,” jelas Ida.

Selain Sofea, filem ini turut menampilkan pelakon terkenal seperti Redza Minhat, Carmen Soo, Vanida Imran, Nadia Nisaa, Melissa Saila, Radhi Khalid, Tony Eusoff dan ramai lagi.

Filem Orang Itu

Antara barisan pelakon dalam filem ini ialah Sofia Jane. KK Wong, Carmen Soo, Sawyer Leong, Redza Minhat, Nam Ron, Tony Eusoff, Radhi Khalid dan Vanidah Imran. “Orang Itu” bakal menemui penonton pada 16 Oktober ini di pawagam berdekatan anda.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Anita Sarawak Tinggalkan Dunia Glamor Kini Hidup Pindah Randah di USA

Teaser Poster Disney’s ALADDIN Lakonan Will Smith