in

Anis Nabila Jadi Program Kuali Bujang Tampil Selebriti Popular

[dropcap]I[/dropcap]ngin menyaksikan bagaimanakah gelagat artis-artis bujang anda berada di dapur menyediakan menu lazat untuk dikongsi bersama peminat masing-masing? Dalam situasi ada yang kekok, ada yang janggal juga tidak terkecuali ada yang mahir dan tidak sabar mahu berkongsi resipi istimewa masing-masing. Namun mampu kah mereka menyahut cabaran ‘turun padang’ memasak hidangan yang menyelerakan sekali gus mampu dicuba oleh peminat dan penonton di luar sana bagi mencuba menu dicadangkan oleh artis kesayangan mereka?

[pullquote align=”right”]Program Kuali Bujang Bersama Hos Anis Nabila dan Artis Popular Sebagai Undangan[/pullquote]

Pelbagai reaksi menarik mereka dapat diikuti dalam sebuah program masakan terbaharu Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang menampilkan hos Chef Selebriti kecil molek Anis Nabila bertajuk “Kuali Bujang”. Program menarik yang bakal menemui penonton mulai 26 Mei depan, setiap Ahad, jam 9.00 pagi mengisi slot Sinaran menerusi TVi (Saluran 180 Astro).

Antara artis popular yang berkongsi menu istimewa masing-masing termasuklah Nelydia Senrose, Zain Saidin, Maslina Nasir, Zalif Sidek, Diana Amir, Erry Putra, Illias Iskandar, Razali Hussain, Irfan Roslan, Riz Amin, Nellia Sandro, Leez Rosli, Ernie Zakri dan Chomat Samad.

Dalam 13 episod siarannya chef Anis Nabila bersama artis undangannya berkongsi 3 menu mudah dan menarik yang disediakan secara santai termasuklah menu utama dan pencuci mulut yang melengkapkan hidangan sesuai untuk dikongsi seisi keluarga.

Dalam segmen permulaan, usah ketinggalan mencuba resipi menarik dicadangkan seperti pancake blueberry, kacang pool, french toast pisang dan badam, mihun goreng siam, potato rosti, strata, nasi halba, sambal ikan bilis, lempeng pisang, cucur udang, kuah keledek, nasi goreng cina, roti jala, kuah manis, mee goreng mamak dan toasties.

Mengisi segmen seterusnya menu utama yang sesuai dihidangkan untuk makan tengah hari dan makan malam termasuk resipi pasta saffron kupang, mee rebus tulang, ayam panggang berlada, macaroni cheese, green curry daging, meatloaf, kentang lenyek dan kacang peas, seafood potpie, rendang ayam, chilli crab, gulaudang, salted egg butter crab, kari ayam, nasi daging, air asam, roast beef dan yorkshire pudding.

Menu mudah yang patut dicuba pula pencuci mulut pudding chocolate, air khatirah, molten chocolate cake, salad buah-buahan dengan serai, strawberry triffle, apple crumble, pengat pisang, bubur jagung, pandan kaya bread pudding, pineapple upside down cake, pulut dan kuah durian, pudding suji juga pavlova.

Kepada penggemar program masakan dan juga peminat yang ingin mencuba resipi artis kesayangan anda, usah ketinggalan menyaksikan program Kuali Bujang hanya di TVi (Saluran 180 Astro).

Riz Amin sempat membeli bahan basah di pasar sebelum turun ke dapur

bersama tetamu Zain Saidin-001

bersama tetamu Zain Saidin

bersama tetamu Nelydia Senrose

bersama tetamu Leez Rosli

bersama tetamu Erry Putra

bersama tetamu Diana Amir

program Kuali Bujang

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Kids vs Film Discovery-Styled Documentaries Created By Kids For Kids

Aliff Aziz Kini Bergelar Pengembala Kambing