in ,

Aliff Aziz Kini Bergelar Pengembala Kambing

[dropcap]B[/dropcap]erpaksikan komedi aksi, saksikan lakonan terbaharu penyanyi dan juga pelakon remaja Aliff Aziz dalam sebuah siri TV penyiasatan menarik bertajuk “Sepai” terbitan syarikat NS Star Sdn Bhd milik pelakon dan juga penerbit, Darling Ngasri yang bakal menemui penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai 25 Mei depan, setiap Sabtu dan Ahad, jam 7.00 malam menerusi saluran TV1.

[pullquote align=”right”]Kerjaya Baru Aliff Aziz Sebagai Pengembala Kambing Dalam Siri Penyiasatan “Sepai” Di TV1[/pullquote]

Menariknya drama bersiri ini menampilkan sisi berbeza Aliff Aziz sebagai pengembala kambing. Namun dalam masa sama dia menyimpan impian menjadi superhero. Karakternya pelantun lagu yang semakin mendapat tempat di hati peminat bertajuk Keajaiban Cinta duet dengan Adira ini bijak dan pada masa sama sangat lurus.

Turut dibintangi Anne Ngasri, Bell Ngasri, Myza Aryqa, Azza Elite dan Rosli Rahman Adam, 13 episod mengisi slot Widuri ini berkongsi siri pengintipan yang berbentuk aksi komedi mengisahkan seorang pemuda, Asmaun @ Maun yang sentiasa bernasib malang di kampung dan berhijrah ke ibukota sekaligus bertukar menjadi seorang yang sangat terkenal dengan kebijaksanaannya dalam menyelesaikan masalah. Maun yang pada asalnya hanyalah seorang gembala kambing kini berubah menjadi penyiasat terhandal.

Namun pada hakikatnya,dia bukanlah penyiasat yang sebenar. Dia hanyalah seorang yang sentiasa bernasib baik dan semua yang berlaku adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Di tambah lagi dengan kehadiran Putat, penyiasat yg pernah gagal suatu ketika dulu kini bangkit untuk membuktikan dia masih lagi handal.

Menarik ... Antara Babak Dalam Sepai

Putat dan Maun menjadi rakan kongsi apabila secara tidak sengaja dipertemukan dalam satu kes yang melibatkan harta peninggalan keluarga Maun. Mereka menamakan kumpulan mereka dengan Sepai & Co.

Permulaan cerita Rosnah, ibu tiri Maun sebenarnya telah mengupah Putat supaya menyiasat harta peninggalan arwah bapa Maun, Bahrin yang disembunyikan tanpa pengetahuan sesiapa. Rosnah telah dibantu oleh Jobot selaku kekasih gelap dan juga orang kanannya. Putat yang mengambil kes tersebut telah menyiasat di kampung dan secara kebetulan terjumpa Maun.

Di situ Putat telah menawarkan pekerjaan buat Maun sebagai rakan kongsi Spy Bersepai nya tetapi Maun jual mahal. Sehinggalah tiba-tiba Maun dapat tahu berita kekasihnya Manisah telah diculik. Nak tak nak, Maun terpaksa bekerja sama dengan Putat. Sejak itu mereka mula menjadi rakan kongsi.

Putat meneruskan kes siasatan Rosnah tanpa pengetahuan Maun. Dalam waktu yang sama, Putat tidak sedar yang gerak gerinya juga diperhatikan orang. Rupa-rupanya Rosnah telah mengupah penyiasat persendirian lain iaitu syarikat Agen Merpati Jingga terdiri daripada Mel dan Chika, dua penyiasat wanita kerana tidak percayakan Putat tambahan melihat kehadiran Maun yang semakin rapat dengannya.

Chika mempunyai kelebihan atau pakar membuka pelbagai jenis kunci termasuk kunci air sementara Mel pula handal dari segi teknologi komputer sehingga boleh menggodam peti-peti email mahu pun peti surat rumah orang.

Konflik dua kumpulan penyiasat ini berlaku apabila Merpati Jingga & Sepai sering bergaduh terutama berebutkan pelanggan dan kes. Masing-masing mahu menunjuk handal. Namun kes Rosnah telah memulihkan hubungan mereka. Merpati Jingga telah menghidu kejahatan Rosnah dan mereka mula berhenti dari berkhidmat untuk Rosnah. Lalu apakah kesudahannya?

Drama Bersiri Sepai

Babak Dalam Sepai

Azza Elite Turut Bintangi Sepai

Babak Menarik Dalam Sepai

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Anis Nabila Jadi Program Kuali Bujang Tampil Selebriti Popular

Sinopsis Telemovie Dewi Suria Arahan Zul Huzaimy