in ,

Anis Al-Idrus Pengacara Program Kafe.com di TV1

Menampilkan pengacara Anis Al-Idrus, Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengajak penonton setia salurannya meluangkan masa menyaksikan program bual bicara santai terbaharu yang membincangkan isu-isu di kalangan remaja bertajuk “Kafe.com”.

Bukan sahaja mengajak penonton berkongsi idea dalam perbicaraan bersama selebriti undangan dan pakar motivasi bagi membentuk remaja berilmu, program 13 episod ini bakal memberikan motivasi diri, inspirasi panduan serta tip-tip membina dalam menghadapi pelbagai isu semasa dan masalah remaja secara santai. 

Turut mengundang seorang panel dan tiga orang remaja berbincang dengan topik yang dipilih, program ini sedang bersiaran menemui penonton saluran TV1, setiap Ahad, pukul 6.30 petang.

Anis Al-Idrus Pengacara Program Kafe.com di TV1

Lokasi penggambaran dipilih dijalankan di kafe-kafe sekitar Bangi, Putrajaya dan Cyberjaya bersesuai dengan konsep program yang santai dan bersahaja.

Tiga segmen menarik iaitu Isu, Tular, dan Hobi. 

Antara tajuk Sayang Ayah Sayang Ibu berkaitan bagaimana kita sebagai seorang anak wajib menghormati ibu bapa dalam apa juga situasi. Segmen Tular berkongsi doa untuk ibu bapa, dan segmen hobi pengumpul karektor. Lokasi penggambaran di Umai Café Bandar Baru Bangi. Panel undangan iaitu Ustaz Akram Akrami Taib Azamudin.

Manakala dalam tajuk Emosi Dalam Doa, mengetengahkan persoalan berkaitan bagaimana kita sebagai manusia wajib berdoa dan meminta kepada Allah dalam keadaan susah mahu pun senang. Segmen tular berkaitan valet doa yang masih diperkatakan sehingga kini. Lokasi pilihan episod ini bertempat di Tompok Café Bandar Baru Bangi bersama panel undangan Ustaz Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan. 

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Premiere With Budiey – SMURFS THE LOST VILLAGE

Elvira Arul Opening Act AN EVENING WITH BRIAN MCKNIGHT