in , ,

Andi Bernadee Cari Pasal Dengan Shimmy di Tempat Awam

Sebulan yang lepas, Andi Bernadee telah melancarkan single kelimanya yang berjudul ‘SHIMMY’. Video muzik rasmi ‘SHIMMY’ telah meraih 4.7 juta tontonan di Youtube Warner Music Malaysia.

Kini, Andi Bernadee melancarkan sebuah video prank yang dijalankan di Polperro Steakhouse, Shah Alam. Video prank ini menampilkan Andi sendiri namun orang awam tidak mengenali Andi kerana Andi menampilkan diri sebagai penyamar. Dengan hasil solekan yang hebat, orang awam sama sekali tidak mengecam kemunculan Andi yang menyamar sebagai pelayan di restoran itu.

Lebih lucu lagi apabila terdapat adegan-adegan yang mencemaskan sehingga hampir terjadi pergaduhan di antara Andi dengan beberapa para pengunjung restoran.

Video ANDI BERNADEE CARI PASAL DENGAN SHIMMY DI TEMPAT AWAM ini telah dilancarkan pada 10 April 2020 yang lepas dan berjaya meraih hampir 1 juta tontonan. Video ini juga telah berjaya memasuki list trending di Youtube pada kedudukan yang ke-38.

Anda boleh menonton video ANDI BERNADEE CARI PASAL DENGAN SHIMMY DI TEMPAT AWAM di pautan ini https://youtu.be/rqWkgqpnxS0

Single ‘SHIMMY’ terbitan Warner Music Malaysia ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 14 FEBRUARI 2020.

Anda juga boleh dengarkan ‘SHIMMY’ di pautan ini http://wmm.lnk.to/Shimmy dan video muzik rasmi ‘SHIMMY’ di pautan ini https://youtu.be/1fQoBdocoew

What do you think?

93 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Penjadualan Semula & Pembatalan Konsert di Dewan Filharmonik Petronas

Artis Malaysia Anjur Peminat Kekal di Rumah Perangi Wabak Covid-19