in ,

Anda Diminta Berhati Hati Dengan Laman Web Palsu Molek FM

Stesen radio Molek FM mengenal pasti sebuah laman sesawang palsu yang dipercayai menyamar sebagai laman web Molek FM.

Laman web dengan pautan molekfm.com tersebut menggunakan aset visual asli Molek FM seperti yang digunakan di semua platform rasmi Molek FM.  Molek FM menegaskan laman sesawang tersebut adalah bukan laman rasmi dan tidak berkaitan dengan stesen radio berkenaan.

Anda Diminta Berhati Hati Dengan Laman Web Palsu Molek FM

Para pendengar diminta untuk memastikan pautan yang diakses adalah saluran rasmi Molek FM sebelum meneruskan apa-apa aktiviti di internet. Ia bertujuan bagi mengelakkan daripada berlaku perkara yang tidak diingini seperti perkongsian maklumat peribadi dan sebarang penipuan dalam talian.  

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ezad Lazim & Salma Asis Bergabung Dalam Rentak Hindi Berjudul AKIRA

THE LAST OF US

HBO Kini Memperbaharui THE LAST OF US Untuk Musim Kedua