in

Anas Farhan Juara Bintang Klasik Kaseh 2016

Malam yang cukup bertuah buat Anas Farhan Sharuddin setelah menjuarai pertandingan Bintang Klasik Kaseh anjuran Radio Klasik pada 5 September lalu.

Anas Farhan, 27 tahun dari Selangor berjaya membawa pulang wang tunai bernilai RM30,000.00 berserta trofi dan sijil setelah mendendangkan lagu solo penyanyi popular Jamal Abdillah bertajuk ”Keluhan Perantau” dan nyanyian duet bertajuk ”Bercanda Di Pasiran Pantai” bersama Zehra Zambri. Selain itu, beliau juga memenangi Persembahan Terbaik yang menawarkan wang tunai berjumlah RM 7,000.00.

Anas Farhan Juara Bintang Klasik Kaseh 2016

Anas Farhan Juara Bintang Klasik Kaseh 2016

[dropcap]M[/dropcap]enurut Anas, dia tidak menyangka bahawa malam ini namanya cukup bertuah setelah diumumkan sebagai juara Bintang Klasik Kaseh 2016. ”Sorakan dan laungan dari penyokong-penyokong membuatkan saya lebih gemuruh namun tetap yakin bahawa menang kalah adalah adat pertandingan dan selebihnya dia berserah kepada Allah SWT”.

[pullquote align=”right”]Beliau yang merupakan peserta paling ’senior’ telah mengalunkan lagu ”Bunga Pujaan” dan nyanyian duet bertajuk ”Seiring Sejalan” bersama Salwa Abd. Rahman.[/pullquote]

Beliau juga berharap dengan kemenangan ini dapat membuka mata rakyat Malaysia bahawa warga tentera darat dan Angkata Tentera Malaysia (ATM) mempunyai bakat dan mampu bersaing setaraf dengan penghibur-penghibur sedia ada dan dapat berdiri setaraf dengan mereka. Ujar Anas yang merupakan seorang tentera darat dan penyanyi sambilan Kombo ATM.

Naib juara pula disandang oleh Noor Amierazatyka Ayob,21 tahun berasal dari Johor yang telah mendendangkan lagu ”Wajah Siapa Di Hatimu” secara solo dan ”Kehebatan Cinta” duet bersama Rizal Ahmad, Juara Bintang Klasik. Beliau membawa pulang wang tunai berjumlah 25,000.00 beserta trofi dan sijil. Manakala tempat ketiga pula dimenangi oleh Faizal Mohd Hassan,35 dari Pulau Pinang dengan membawa wang tunai bernilai RM20,000.00 beserta trofi dan sijil.

Tiga lagi peserta lain masing-masing telah menerima hadiah saguhati wang tunai bernilai RM6,000.00 beserta trofi dan sijil.

Selain itu pentas juga dihiburkan dengan persembahan nyanyian dari artis popular tanah air seperti Nassier Wahab, Saleem, Asmidar dan Salwa Abd. Rahman.




Malam Kemuncak Bintang Klasik Kaseh memperkenalkan 6 peserta akhir yang terdiri dari 3 peserta wanita dan 3 peserta lelaki dari seluruh Malaysia. Program tersebut telah berlangung di Auditorium Perdana, Angkasapuri Kuala Lumpur dan disiar secara langusng menerusi saluran TV2 dan Radio Klasik pukul 9.00 malam. Hadiah telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Abu Bakar Ab. Rahim, Ketua Pengarah Penyiaran. Hadiah yang ditawarkan merupakan tajaan Manja Kaseh pengeluar produk kesihatan dan kecantikan.

Pertandingan ini diadili oleh barisan juri profesional, mereka ialah Komposer dan penulis lirik S.Atan, Dato’ Yusni Hamid, Lokman Aziz dan Hadi Maswardy dari Orkestra RTM. Sementara itu gandingan dua penyampai hebat Radio Klasik, Anisma Azwati Ahmad dan Amilin Idrus.

Anas Farhan Juara Bintang Klasik Kaseh 2016

Anas Farhan Juara Bintang Klasik Kaseh 2016

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menang Tiket Premiere Filem S STORM

Kumpulan SPIDER Lancar Album ANKABUT & Showcase di UPSI