in ,

Kumpulan SPIDER Lancar Album ANKABUT & Showcase di UPSI

Umpama labah-Iabah yang semakin melebarkan sarangnya di dalam senyap, kumpulan sko-rock SPIDER meneruskan perjalanan seni mereka dengan membawa ANKABUT kepada peminat.

Judul ‘Ankabut’ yang dipilih menjadi kepala album ke 6 ini diambil berdasarkan surah AI-Ankabut atau pun labah-Iabah dalam lingua Arab – yang sememangnya sinonim dengan makna SPIDER itu sendiri. Album ini menampilkan 10 trek lagu terbaru Spider yang mampu mengubat rindu kepada peminat-peminat Spider mahupun peminat muzik tempatan kita.

Spider konsisten dengan karier muzik mereka sejak album pertama dikeluarkan pada tahun 1999 yang lalu. Ankabut mencerminkan kematangan karya-karya mereka dan masih menitikberatkan kualiti lagu, link, susunan muzik serta kualiti produksi rakaman yang kekal dijaga.

Kumpulan SPIDER Lancar Album ANKABUT & Showcase di UPSI

Kumpulan SPIDER Lancar Album ANKABUT & Showcase di UPSI

[dropcap]S[/dropcap]ejajar dengan usia matang penglibatan kumpulan muzik dari Johor Bahru ini r Luncai Emas Sdn Bhd selaku label rakaman mereka telah membawa album terbaru ini ke Universiti Pendidikan Sultan ldris. Tanjung Malim untuk diperkenalkan kepada umum. Kerjasama dengan Fakulti Muzik Dan Seni Persembahan (FMSP)universiti ini secara tidak langsung membuka ruang untuk karya-karya terbaru Spider ini menaiki satu lagi tangga keilmuan sesuai dengan pengalaman mereka dalam industri muzik tanahair kita.

Kalau sebelum ini “Relaku Pujuk”, “Aladin”, “Laukku Cukup Masin”, “Bila Nak Saksi” dan “Tapi Bagaimana” pernah menyengat hati peminat-peminat, kini ‘single’ pembuka rasa bagi album ini iaitu HIDUPKUyang merupakan hasil ciptaan dan lirik vokalis utama, Tam Mustafah sendiri mendapat putaran yang baik di stesen radio­ radio tempatan. Diharap pihak media dan radio akan terus memberikan sokongan juga terhadap lagu-Iagu lain di dalam album ini.




[pullquote align=”right”]Imbau kembali, bukan calang sejarah SPiDER…. piala dijulang bukan direka …. pemenang Anugerah Juara Lagu 2004 untuk Relaku Pujuk, dinobat Album Terbaik Anugerah Industri Muzik untuk album Nazraku, Top 5 ‘Malaysia Popular Artiste’ dalam MTV Asia Awards di Bangkok serta beberapa anugerah popular radio dan tv…. bukti kesungguhan Spider untuk terus berada dalam industri muzik tanahair.[/pullquote]

Mengekalkan anggota asal kecuali posisi gitar bass yang kini dibawakan oleh Is sebagai pengganti Tony Iskandar … Tam vokalis & gitar, Hanafi gitar serta Ayie drum terus setia menggerakkan SPIDER.

Kesemua rakaman dan adunan ANKABUT dibuat di Studio Ronggeng Luncai Emas dan Supra 7 manakala proses ‘mastering’ album ini telah dibuat di Amerika Syarikat dengan mengambil peluang atas kepantasan dunia tanpa sempadan ini. .. iaitu secara atas talian.

Kulit album direkabentuk oleh seorang pelukis wanita, Fai Zakaria yang telah melukis grafik yang dicerap daripada konsep logo Spider sebelum ini secara lukis tangan.

Album CD ANKABUT boleh didapati secara digital di Itunes Store pada harga USD9.99atau tempahan terus CD album ke pejabat Luncai Emas melalui talian +603-6156 6700 (U.P : Hajar / Nabila).

Begitu juga dengan irama Nada Dering Pemanggil (caller ringtones) turut tersedia melalui laman web pengendali / Telco’s. CD album ini akan mula dijual kepada peminat mulai 28 Ogos 2016 dan dijual dengan harga RM38.00. (tak termasuk kos penghantaran pos).

Pesanan awal bagi mendapatkan CD album ini boleh dibuat secara terus kepada : Luncai Emas Sdn Bhd +603-6156 1357 / 6700 [email protected]

Untuk maklumat lebih lanjut sila layari Facebook Luncai Emas Sdn Bhd.

Album SPIDER- ANKABUT ini adalah terbitan dan edaran sepenuhnya oleh Luncai Emas Sdn. Bhd.

Luncai Emas berharap para peminat SPIDER dapat memberi sokongan terhadap album ini dengan membeli terus CD melalui cara yang disebutkan di atas mahupun pesanan terus sebagai koleksi peribadi mahupun untuk menghadiahi orang tersayang.

Kumpulan SPIDER Lancar Album ANKABUT & Showcase di UPSI

Kumpulan SPIDER Lancar Album ANKABUT & Showcase di UPSI

Kumpulan SPIDER Lancar Album ANKABUT & Showcase di UPSI

Kumpulan SPIDER Lancar Album ANKABUT & Showcase di UPSI

Kumpulan SPIDER Lancar Album ANKABUT & Showcase di UPSI

Kumpulan SPIDER Lancar Album ANKABUT & Showcase di UPSI

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Anas Farhan Juara Bintang Klasik Kaseh 2016

ONE: STATE OF WARRIORS Bakal Diadakan di Yangon Pada 7 October