in , ,

Anak Ditahan Terlibat Dadah, Tular Video Lama Cara SRK Beri ‘Nasihat’ Pada Anak

Semoga ini menjadi pengajaran yang baik buat kita semua. Semasa anak masih kecil, berilah nasihat yang berguna supaya mereka tak buat benda yang bukan-bukan bila dah besar nanti.

Baru-baru ini, dunia Bollywood telah dikejutkan dengan berita anak kepada bintang terkenal, Shah Rukh Khan iaitu Aryan Khan, 23, telah ditahan Biro Kawalan Narkotik (NCB) India dalam satu serbuan dadah, lapor NDTV.

Aryan yang ditahan bersama tujuh individu lagi pada ketika itu sedang berparti di sebuah kapal persiaran Cordelia dari Mumbai ke Goa pada 2 Oktober lepas.

Menurut seorang anggota polis dalam undercover, anak kepada pelakon filem Kuch Kuch Hota Hai ini ditahan kerana telah mengguna, membeli dan menjual bahan terlarang itu di pesta tersebut serta mengenakan bayaran sebanyak Rs 1 lakh (RM5,636) kepada setiap orang.

Sebanyak 13g kokain, 12g kanabis, 22 pil MDMA dan 5g mephedrone juga telah dirampas di dalam serbuan tersebut.

Susulan isu tersebut, netizen telah memuat naik sebuah video lama pelakon terbabit bersama isterinya, Gauri Khan dalam satu sesi temubual di TV.

Dalam video yang dirakam pada tahun 1997 itu, pengacara ada bertanya sama ada pelakon tersebut memanjakan anaknya atau tidak.

Saya tak manjakan dia. Saya cuma cakap pada dia yang dia boleh kejar perempuan, merokok sebanyak mana dia nak, mengambil dadah serta boleh melakukan hubungan seks,” 

– Shah Rukh Khan

Malah menurut Gauri, suaminya memberi ‘nasihat’ tersebut ketika anaknya baru berusia 2 tahun!

“Lambat sikit tapi nampaknya anak dah ikut cakap bapa” 

– Gauri

Video tersebut mendapat pelbagai respon daripada netizen di India yang berpendapat nasihat yang diberikan pelakon itu akhirnya telah diikuti oleh anaknya.

Pun begitu, ada juga yang mengatakan mungkin Shah Rukh Khan hanya berjenaka mengenai hal tersebut dan tidak pun serius dalam memberi nasihat sebegitu kepada anaknya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Erra Fazira Tunggu Keizinan Engku Emran Untuk Benarkan Aleesya Berlakon

Hot FM Umum Pemenang Peraduan Hot FM Roda & Ringgit, Tahniah Buat Pemenang!