in , ,

Erra Fazira Tunggu Keizinan Engku Emran Untuk Benarkan Aleesya Berlakon

Erra Fazira berkata beliau tidak akan sesekali mengongkong minat puteri kesayangannya, Engku Aleesya Engku Emran yang kini berusia 12 tahun. Bahkan Erra berkata, beliau akan merestui sekiranya Aleesya mahu mengikut jejak langkahnya sebagai anak seni.

Pernah bertegas enggan membenarkan anak tunggalnya mengikut jejak langkah sebagai pelakon, Erra Fazira kini membuat pengakuan sudah sedia memberi lampu hijau seandai Engku Aleesya cenderung ke arah bidang seni.

Sebelum ini kecantikan wajah Aleesya sering menjadi perhatian peminat dan ramai yang membandingkan dengan Erra sewaktu beliau berlakon filem Sembilu.

”Rambut dia sama macam watak Wati (watak Erra) dalam filem Sembilu,”

– pengguna Instagram

Selain filem Sembilu, ada juga netizen menyamakan wajah Aleesya seperti ibunya ketika berlakon dalam filem Maria Mariana.

Hari Jadi Erra Fazira Ke 45 Tahun

”Baru-baru ini tengok Maria Mariana. Sama betul muka Maria (watak Erra) dengan Engku Aleesya. Cuma kening dia ikut ayahnya,” kata salah seorang pengguna.

Aleesya sebelum ini pernah dilamar untuk menjayakan iklan, namun dirinya tidak boleh membuat keputusan, sebaliknya perlu mendapat keizinan bapa Aleesya, Engku Emran Engku Zainal Abidin.

Katanya, sebagai ibu yang sudah lebih 30 tahun mengenal sepak terajang dunia hiburan, dia semakin terbuka mendidik permata hati itu bahkan sedia memberi kebebasan buat Aleesya memilih kerjaya masa depan.

“Sebagai ibu di era moden ini saya tak mahu tetapkan anak kena buat apa atau memintanya mengikut kemahuan saya.

“Apa yang Aleesya minat atau suka sama ada mahu menjadi anggota pasukan keselamatan seperti polis pun tetap akan saya berikan sokongan.

“Malah jika Aleesya ingin menceburi dunia hiburan sekali pun saya tetap bagi dorongan kerana saya juga pernah melalui usia remaja yang berdepan pelbagai cabaran terutama dalam membuat pilihan kerjaya.

“Apabila difikirkan, buat apa kita menghalang pilihan anak. Seiring masa dan tumbesarannya, saya semakin yakin untuk bagi kebebasan kepada Aleesya memilih kerjaya masa depan sendiri,” 

– Erra Fazira

Erra Fazira berkata demikian ketika sesi temu bual bersama barisan pelakon drama bersiri Gerak Khas Undercover. Siri baharu jenama drama kepolisan popular tersebut bakal disiarkan menerusi TV3 bermula 1 Oktober ini, pukul 10.30 malam.

Menerusi kisah penyiasatan yang turut menggandingkannya dengan Datuk Aaron Aziz, Datuk AC Mizal dan Elizabeth Tan, aktres yang mendapat jolokan Primadona Filem Melayu Alaf Baharu itu membawakan watak sebagai DSP Jeslina.

Sementara itu, ditanya penerimaan bekas suaminya, Engku Emran Zainal Abidin terhadap kebenaran kepada anak tunggal mereka untuk berlakon, Erra berkata semua itu bergantung kepada persepakatan antara mereka.

Biarpun sudah beberapa kali diajukan tawaran membintangi iklan komersil dan penerbitan lain, pemilik nama sebenar Fazira Wan Chek, 46, hanya menunggu keizinan daripada bekas suaminya itu.

”Jika saya memberikan ‘lampu hijau’, tetapi Engku Emran tidak setuju, ia tidak boleh juga. Jadi, apapun kena ada persetujuan bersama,”

“Kalau saya seorang saja yang bagi galakkan pun tak sesuai sebab dalam hal ini (jadi selebriti), persetujuan serta restu Engku Emran juga amat penting.

“Apa pun pertimbangan nanti, saya dan ayahnya perlu sependapat. Saya okey saja, kena tunggu kebenaran Engku Emran kerana selama ini pun apa-apa membabitkan Aleesya, kami akan berbincang,”

– Erra Fazira
Hari Jadi Erra Fazira Ke 45 Tahun

Aleesya, 12, merupakan satu-satunya cahaya mata hasil perkahwinan aktres itu dengan Engku Emran Zainal Abidin.

Jodoh mereka hanya mampu bertahan selama tujuh tahun apabila masing-masing mengambil keputusan berpisah pada Februari 2014.

Menerusi sesi sama, Erra turut berkongsi cara dirinya kekal bertahan selepas bertahun-tahun  masih relevan dalam dunia lakonan walaupun saban waktu industri seni tanah sentiasa dibanjiri ramai muka baharu.

Katanya, bakat sahaja tidak mencukupi andai tidak mengekalkan disiplin serta mudah memberikan kerjasama kepada rakan seperjuangan lain memandangkan setiap kelebihan itu saling berkait rapat untuk membolehkan diri terus relevan.

“Paling utama adalah kena jaga disiplin kalau betul-betul mahu masuk industri untuk menyandang kerjaya sebagai penggiat seni. Kalau tak berdisiplin kita akan menyusahkan produksi, menyusahkan pelakon lain yang jaga masa.

“Bakat saja tidak mencukupi, dari semasa ke semasa perlu ada penambahbaikan dan antara perkara penting lain adalah mudah bekerja sama. Kadangkala rupa dan bakat saja tak berguna jika kita ada sikap susah kerja dengan orang lain.

“Elemen yang kita anggap remeh ini sebenarnya yang mampu meletakkan kita pada tahap mana satu masa nanti. Jika kita dapat membuatkan orang rasa senang hati bekerja dengan kita, maknanya kita mampu bekerja sampai bila-bila,” ulasnya panjang lebar.

– Erra Fazira
Hari Jadi Erra Fazira Ke 45 Tahun

Bekas Miss Malaysia World 1992 itu membawakan watak sama, tetapi kali ini dinaikkan pangkat DSP Jeslina.

Katanya, wataknya kali ini lebih mencabar kerana membabitkan babak dalam pejabat sahaja. Oleh kerana kurang babak aksi, jadi perlu ada kelainan agar kewujudannya dirasai penonton.

”Disebabkan dinaikkan pangkat, jadi kebanyakan masa saya lebih banyak di pejabat sahaja.

”Bagaimanapun, ada beberapa babak di luar yang memerlukan saya menyamar, namun, setakat ini, saya belum terbabit adegan aksi.

”Selain cabaran memastikan kewujudan saya disedari penonton, saya cuba memastikan lakonan sebagai pelakon lama dan barisan wajah baharu dalam drama ini dapat keserasian.

”Sebenarnya, saya sendiri terkejut apabila Gerak Khas disambung semula, tetapi alasan diberikan penerbit, Datuk Yusof Haslam kenapa drama ini diteruskan memang ada benarnya.

”Drama Gerak Khas sudah begitu sinonim di kalangan penonton, jadi sayang jika habis begitu sahaja,”

– Erra Fazira

Ditanya apakah formula digunakan sehingga namanya terus menjadi pilihan penerbit untuk menerajui watak utama dalam filem mahupun drama, Erra berkata, kuncinya adalah disiplin.

”Bagi saya, kunci bertahan lama adalah disiplin. Jangan masuk dalam bidang seni setakat main-main. Pasang niat menyumbang sesuatu kepada industri.

”Dari masa ke masa, perlulah ada peningkatan dalam mutu kerja. Selain itu, kita perlu menjadi orang yang boleh berkompromi dan senang bekerjasama.

”Ada kala, saya tidak tahu adakah orang selesa dengan untuk perkara kecil.

”Aspek kecil ini perlu dijaga kerana ia akan menentukan sampai bila orang senang mahu bekerjasama,”

– Erra Fazira

Untuk rekod, Erra Fazira sebelum ini pernah memenangi kategori Pelakon Filem Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) sebanyak tujuh kali.

Menggemari aktiviti luar, Erra yang kini dilihat semakin aktif bersukan nyata mengambil peluang melakukan aktiviti mengeluarkan peluh selepas berbulan ‘terkurung’ disebabkan negara berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya bukan lepas geram, sebaliknya aktiviti seperti berbasikal dan yoga mampu mencergaskan kembali keadaan mental dan fizikal seseorang terutama baginya yang mahu bertenaga selepas kembali ke lokasi penggambaran. 

Sumber: Berita Harian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shaheizy Sam Murung | 23

Kes Gangguan Seksual Pendakwah Terkenal, Polis Minta Mangsa Tampil Segera Bantu Siasatan

Shah Rukh Khan | 24

Anak Ditahan Terlibat Dadah, Tular Video Lama Cara SRK Beri ‘Nasihat’ Pada Anak