in ,

Hot FM Umum Pemenang Peraduan Hot FM Roda & Ringgit, Tahniah Buat Pemenang!

Pendengar bertuah Hot FM, Divagaar a/l Siva dari Klang telah memenangi sebuah kereta Myvi menerusi peraduan Hot FM Roda & Ringgit. Tahniah!

Seramai 52 pendengar telah berjaya melayakkan diri ke Grand Finale Hot FM Roda & Ringgit yang berlangsung secara digital dan hanya 10 pendengar tersenarai ke peringkat akhir. 

Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Audio (MPA), Nazri Noran, mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pendengar yang telah menyertai Hot FM Roda & Ringgit.

“Tahniah kepada pendengar terpilih dan berjaya memenangi sebahagian daripada RM10,000 serta pemenang utama Divagaar a/l Siva yang berjaya memenangi  kereta Myvi. 

“Kami berharap  pendengar akan terus menyokong dan mengikuti perkembangan Hot FM selepas ini.  Juga, pastikan anda muat turun aplikasi Audio+ untuk peluang menang hadiah menarik pada kempen akan datang di Hot FM bermula 27 September,” katanya. 

Anda yang terlepas untuk menyertai Hot FM Roda & Ringgit, kini boleh menyertai kempen Hot FM Kotak Xiaomi dan berpeluang untuk memenangi pelbagai barangan menarik daripada Xiaomi Malaysia dan sebahagian daripada RM60,000.

Hot FM Umum Pemenang Peraduan Hot FM Roda & Ringgit

Kempen yang ditampilkan oleh Hot FM yang telah bermula sejak awal September lalu, kini telah tiba ke kemuncaknya. Saksikan Grand Finale Hot FM Roda & Ringgit pada 25 September ini, bermula jam 3 petang.

Pendengar yang telah berjaya menjadi pemanggil terpantas dan memberikan tagline Hot FM iaitu Kini Lebih Muzik yang Hangat telah diberikan akses secara automatik untuk menyertai Grand Finale Hot FM Roda & Ringgit.

Menerusi Grand Finale Hot FM Roda & Ringgit, hadiah utama yang akan diberikan kepada pendengar yang bertuah adalah sebuah kereta Myvi. Mereka akan berentap untuk menentukan siapakah yang bakal membawa pulang kereta Myvi berkenaan.

Acara ini akan berlansung secara digital menerusi platform Zoom bersama pendengar yang terpilih untuk menyertai Grand Finale Hot FM Roda & Ringgit. 

Ketua Pegawai Eksekutif MPA, Nazri Noran berkata, “Tujuan utama kami menganjurkan kempen Hot FM Roda & Ringgit ini adalah sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kami kepada mereka yang menyokong Hot FM, yang sentiasa mendengar dan mengikuti kami. Selain itu, kami juga berbesar hati untuk memperuntukkan RM10,000 untuk diberikan kepada pendengar bertuah dan kami juga menyediakan hadiah utama berupa sebuah kereta Myvi. Oleh itu, kami di Hot FM berharap dapat memberikan yang terbaik untuk anda”.

Di samping itu juga, pendengar Hot FM yang lain boleh menyaksikan secara langsung, Grand Finale Hot FM Roda & Ringgit ini menerusi Facebook Live Hot FM bermula 3 petang bersama-sama Rakyat Rangers, Fara Fauzana, AG & Fad dan menyaksikan persembahan istimewa daripada artis-artis terkenal antaranya Dolla dan Wany Hasrita. Di samping itu juga, Grand Finale Hot FM Roda & Ringgit membawakan kumpulan terkenal dari Indonesia iaitu Nidji. 

Oleh itu, pendengar setia Hot FM boleh terus kekal mendengarkan Hot FM dan tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan Grand Finale Hot FM Roda & Ringgit.

Hot FM boleh didengar menerusi frekuensi 97.6FM di Lembah Klang, 88.2FM Alor Setar dan Pulau Pinang; 104.5FM Ipoh; 90.1FM Johor Bahru dan Singapura; 92.4FM Kuantan; 105.1FM Kota Bharu; 87.7FM Kota Kinabalu; 94.3FM Kuching; 104.3FM Melaka; 99.5FM Seremban; 90.5FM Taping; 105.0 Kuala Terengganu.  

Secara alternatif, para pendengar juga boleh mendengar Hot FM secara live streaming di www.hotfm.audio dan YouTube Hot TV. Untuk perkembangan dan pengisian digital paling hangat, boleh terus ikuti laman sosial Hot FM di Facebook Hot FM, Instagram @hotfm976 serta Twitter @hotfm976 dan Whatsapp di 017-302 8822. Dengarkan juga Hot FM menerusi aplikasi Audio+, yang boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play dan Huawei App Gallery.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Anak Ditahan Terlibat Dadah, Tular Video Lama Cara SRK Beri ‘Nasihat’ Pada Anak

Mila Jirin Kecewa Menteri Tak Ambil Peduli Nasib Usahawan Industri Perkahwinan