in , ,

LoveLove CuteCute SEDIHSEDIH HAHAHA!HAHAHA! OMG!OMG! WinWin

LuLu Hypermarket Kini Dibuka di 1 Shamelin Mall

Kepada anda semua yang berada di kawasan Cheras tu tak payah lagi nak bersusah-susah ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan tawaran promo hebat dan harga barangan murah dan runtuh sampai ke lantai sebab kat LuLu Hypermarket di 1 Shamelin Mall dah ada semuanya.

Ezlynn

Ya, untuk pengetahuan semua pembaca, mulai 1 Julai 2019, rangkaian pasaraya terbesar di Timut Tengah, LuLu Hypermarket ada buka cawangan di 1 Shamelin Mall, Cheras. Pastinya ini mengembirakan penduduk di kawasan Cheras, kan?

LuLu Hypermarket Kini Dibuka di 1 Shamelin Mall

Cawangan ini merupakan cawangan kedua LuLu Hypermarket setelah cawangan pertama dibuka di CapSquare Kuala Lumpur bersebelahan bangunan Jakel yang dibuka pada tahun 2016 dan ianya mendapat sambutan hangat dari warga Lembah Klang.

Lulu Hypermarket

Bangunan pasaraya ini berukuran lebih 7,400 meter persegi ini adalah cawangan global Lulu yang ke-174.

Ia menawarkan pelbagai jenis barangan keperluan harian, makanan, barangan elektronk dan sebagainya di bawah satu bumbung. Pelbagai promosi juga diadakan bertujuan memberi pelbagai pilihan kepada pengguna dengan harga yang amat berbaloi. 

LuLu Hypermarket Kini Dibuka di 1 Shamelin Mall

Sempena pembukaan ini LuLu Hypermarket ada buat promosi sehingga 4 Julai dan sehingga habis stok lah kiranya. Tapi promosi bersambung dari 5 Julai dan anda masih boleh dapatkan barangan dengan harga murah.

Lulu Hypermarket

Pada jam 11 pagi tadi, majlis pembukaan penuh bermakna ini telah dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Selain itu, ada ramai jemputan VVIP yang hadir termasuk Yusuff Ali Chairman of LuLu Group memeriahkan majlis.

LuLu Hypermarket Kini Dibuka di 1 Shamelin Mall

Bagi keselesaan pembeli, LuLu telah membahagikan beberapa kategori produk seperti barangan keperluan harian, barangan tenusu, ikan dan makanan laut, buah-buahan dan sayur-sayuran, daging dan ayam, barangan kering, pakaian, IT, alat tulis, barangan sukan, kasut, bagasi dan sebagainya. 

Lulu Hypermarket

Cawangan LuLu yang terbaru ini juga menampilkan konsep eksklusif kedai dalam kesai untuk pilihan produk dan makanan import yang bebas daripada contohnya bebas-Gluten, organik, tiada gula, tiada perisa tambahan, tiada pengawet serta makanan khas dari serata dunia. 

Pembukaan cawangan baru ini adalah sebahagian daripada perancangan perluasan syarikat itu di Malaysia dan syarikat komited akan membuka empat lagi pasaraya hiper di bahagian lain di negara ini sebelum berakhirnya 2020, termasuk di Setia City Mall, Bangi Gateway, Bachang di Melaka dan di Johor Bahru. 

Lulu Hypermarket

Untuk info lanjut, anda boleh layari:

Laman sesawang: http://malaysia.luluhypermarket.com/MY/all

Facebook: https://www.facebook.com/LuLuHypermarketKL

Instagram: https://www.instagram.com/LuluhypermarketKL

Alamat: LuLu Hypermarket, 1 Shamelin, 

Jalan 4/91, Taman Shamelin Perkasa, 

56100 Kuala Lumpur, 

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Lulu Hypermarket
Lulu Hypermarket
Lulu Hypermarket

What do you think?

75 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Amyra Rosli Hamil Anak Kedua Hadiah Hari Jadi Amar Baharin

Episod Kedua I Can See Your Voice Malaysia 2, Khai Bahar Lega Buat Pilihan Tepat