in ,

Amylea X Kaer Chapter Three Showcase di Hard Rock

Tak Pernah Hilang lagu official soundtrack (OST) bagi drama TV3 ‘Nur’ lakonan Amyra Rosli dan Syafiq Kyle ini drama tahun 2018 yang menjadi sebutan ramai malah ia merupakan drama yang telah mendapat rating yang paling tinggi kerana telah mencapai 9 juta tontonan, 1.9 juta tontonan digital dan trending nombor #1 di laman sosial media Twitter.

Amylea X Kaer Chapter Three Showcase di Hard Rock

AMYLEA X KAER CHAPTER THREE SHOWCASE | 26.08.2018

Ternyata drama ini telah memberi impak yang positif di kalangan penonton Malaysia kerana ia penuh dengan pengajaran dan jalan cerita yang berkait rapat dengan realiti kehidupan sebenar, oleh yang demikian ia mendapat tempat di hati para penonton.

Lantas kejayaan lagu ‘Tak Pernah Hilang’ nyanyian Amylea Azizan dan Kaer Azami ini ternyata sebuah hasil karya yang menyentuh jiwa dan emosi para penonton dan pendengar. Lagu ciptaan Farouk Roman dengan sentuhan lirik oleh Amylea sendiri akhirnya berjaya diperdengarkan kepada khalayak ramai.

Selain itu, ‘Tak Pernah Hilang’ merupakan lagu comeback buat Amylea Azizan dan Kaer Azami setelah lama menyepi dalam industri muzik. Kembalinya mereka berdua ternyata membawa satu persaingan hebat buat para artist baru. Mengulas mengenai keputusan untuk saling bergandingan, Amylea memberitahu, idea tersebut telah lama dirancang. Namun, mereka belum menemui kesempatan yang sesuai sehingga ditawarkan untuk terlibat dalam runut bunyi drama rantaian Nur. Dalam pada itu, Amylea turut mengakui berasa selesa bergandingan dengan teman baiknya itu sementelah kedua-duanya mempunyai cita rasa muzik yang sama.

Lagu ini juga menjadi juara setiap carta radio antaranya stesyen radio Hot.fm dan Suria.fm. Malah lagu ini juga menjadi juara carta Muzik Muzik 33 dan juara carta RIM (Recording Industry Association of Malaysia) selama dua minggu berturut . Bukan itu sahaja malah lagu Tak Pernah Hilang juga menjadi nombor satu lagu paling banyak stream di digital platform JOOX dan DEEZER muzik. Manakala muzik video pula sudah mencecah 6 juta tontonan, ternyata sebuah lagu yang di minati ramai.

Kini, pada tarikh 26 Ogos 2018 mereka buat pertama kalinya bakal mengadakan Amylea X Kaer: Chapter Three Showcase di Hard Rock Café Kuala Lumpur, kolaborasi bersama Suria.fm sebagai radio rasmi dengan kerjasama Seventeen Eleven Music serta Big Billionaires in Growing dan MYVO sebagai penaja utama showcase ini.

AMYLEA X KAER

CHAPTER THREE SHOWCASE
26.08.2018 | AHAD
HARD ROCK CAFÉ, KUALA LUMPUR

Teristimewa buat peminat setia Amylea Azizan dan Kaer Azami lagu ‘Tak Pernah Hilang’ edaran Seventeen Eleven Music ini boleh di muat turun di semua digital platform seperti Apple Music, iTunes, Spotify, JOOX dan Deezer Music.
Ini pautan untuk album lagu ‘Tak Pernah Hilang’ di Youtube: https://youtu.be/YkbXzqUf8FQ

 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

GSC Launches Inaugural Vietnamese Film Festival

Video I CAN SEE YOUR VOICE Trending di Youtube Malaysia