in

Amy Search & Bunkface Tampil Dalam Produk PopMyCase

Pengubahsuaian Sarung Gajet Mudah Alih Melanda Asia
Pengalaman Baru Buat Pengguna Telefon Pintar Yang Inginkan Sesuatu Yang Unik dan Bergaya

Ramai yang sudah menunggu dan memperkatakannya. popmycase sudah bersedia untuk membuat kemunculan sulungnya di sini. Hari ini, pereka aksesori inovatif untuk iPhone, iPad, Blackberry dan Samsung iaitu Popmyberry akan melancarkan anak syarikat terbaru iaitu popmycase.

Popmycase

popmycase adalah syarikat Asia pertama yang mengkhususkan rekaan dan pengubahsuaian sarung telefon pintar dan tablet. Pengguna boleh mereka sendiri sarung gajet mereka dengan memuat turun gambar kegemaran mereka dari komputer, tablet, Facebook atau Instagram ke laman web rasmi iaitu www.popmycase.com . Aplikasi di dalam laman web ini memberikan kebebasan sepenuhnya kepada pengguna untuk menukar saiz imej imej, mengubah kedudukan, menambah warna dan meletakkan ayat-ayat ceria untuk rekaan sarung telefon pintar mereka.

Syarikat ini telah melabur dalam teknologi yang membolehkan rekaan sarung telefon pintar dicetak mengikut saiz telefon pintar pengguna. Kasing yang dikeluarkan oleh popmycase bukanlah plastik biasa, tetapi dari Lexan, jenama resin polikarbonat yang tahan lasak, ringan, fleksibel dan memberi perlindungan pada gajet. Ia pernah digunakan oleh NASA dan bahan binaan untuk jentera Formula One. Selain itu, popmycase menggunakan teknologi pencetakan 3-D resolusi tinggi dengan kaedah terkini pemindahan haba yang dipanggil ‘ink-embedded process’. Tekanan dan haba dari oven pemanas akan mencetak rekaan dengan cara meresap terus ke dalam permukaan sarung. Ini menghasilkan rekaan dengan imej yang sangat jelas dan tidak mudah pudar.

Popmycase

Apa yang membuatkan popmycase eksklusif adalah ia menyediakan platform terbaru untuk artis dan karyawan berkarya. popmycase bekerjasama dengan selebriti dan artis grafik untuk merealisasikan matlamat ini. Peminat-peminat Amy Search, Bunkface, Nini Marini, Orkibal, Spoonman, Shieko, Kukubesi, TheSuperSunday dan Art:Tech boleh mendapatkan hasil seni mereka untuk rekaan sarung yang unik dan bergaya. Kemasukan artis-artis lain dari rantau Asia juga dijangkakan akan bertambah. Ini adalah satu gaya dan ekspresi terkini yang membolehkan peminat menghasilkan sendiri rekaan sarung telefon pintar dengan menggunakan hasil seni artis-artis ini.

“Setakat ini, fokus popmycase adalah menawarkan pelbagai pilihan corak dan rekaan untuk pengguna yang mahukan rekaan sarung telefon pintar. Kami memahami kehendak mereka yang mahukan sesuatu yang baru, unik dan inovatif,” ujar Josafri Johari, Pengarah Urusan Kumpulan Pop My Berry. “Sekarang hasil kreatif artis ini boleh dimanifestasikan dalam satu rekaan yang lain daripada yang lain.”

Popmycase

Pengubahsuaian rekaan ssarung telefon pintar adalah semudah 1-2-3. Pengguna perlu memilih model telefon, kemudian memuat turun imej daripada komputer atau memilih hasil seni artis. Setelah itu, imej perlu diubahsuai pada kanvas kosong yang menyerupai ukuran sebenar bahagian belakang model telefon yang dipilih. Hasil rekaan yang telah siap boleh ditempah untuk dicetak pada sarung telefon tersebut.

popmycase boleh didapati di www.popmycase.com . Sarung pra-rekaan boleh didapati dari RM 98 manakala sarung dengan pengubahsuaian rekaan boleh didapati dari RM 128. Rekaan sarung yang ditempah akan sampai dalam masa 2 ke 3 hari bekerja untuk tempahan dari seluruh Malaysia manakala tempahan dari luar negara akan sampai dalam masa 5 ke 7 hari bekerja.

Untuk maklumat lanjut, hubungi +603-55110441 atau email ke [email protected] .

Tentang popmycase
Popmycase adalah anak syarikat Kumpulan Pop My Berry .Sebagai peneraju aksesori inovatif gajet mudah alih di Asia, popmycase mengadunkan kreativiti seni dan kecanggihan teknologi untuk memenuhi keperluan rekaan sarung gajet yang unik dan bergaya. Untuk maklumat lanjut, lawati www.popmycase.com

Popmycase

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Muzik Video Ajari Aku Anuar Zain OST Filem SAM

Irma Hasmie & Fizo Omar Suka LISTERINE Natural Green Tea