in ,

Muzik Video Ajari Aku Anuar Zain OST Filem SAM

Anuar Zain – Ajari Aku (OST Filem SAM – Saya Amat Mencintaimu)

Ingat lagi tak, Budiey pernah ceritakan kat sini tentang Anuar Zain & team Skop Productions telah ke Beijing untuk merakam video muzik untuk lagu tema filem SAM. Lagu Ajari Aku dan Sempurnakan Aku bagi filem Saya Amat Menyintaimu (SAM) arahan Syafiq Datuk Yusof pada 18 Mac lalu.

Kini, video ni dah pun siap dan kita pun dapat melihat hasilnya.

Filem SAM juga telah pun dipertontonkan kepada media semalam di GSC Mid Valley. Budiey rasa, hasilnya sangat memuaskan hati. Garapan yang bagus, editing juga mantap, lakonan penggerak utama juga sangat hidup, gerakan kamera juga ada pembaharuan, nampak menarik dan plot penceritaan juga sangat bagus. Syabas buat Syafiq! Macam tak percaya pulak bila remaja berusia 18 tahun dapat menghasilkan filem seperti filem SAM ni.

Filem pyscho thriller ini mengisahkan tentang Sam yang bekerja di sebuah syarikat percetakan yang mencintai Lisa iaitu rakan sekerjanya. Dalam masa yang sama, Lisa sering diganggu oleh Haikal dan timbulnya konflik pergaduhan antara Sam dan Haikal. Namun begitu, pada masa yang sama juga Jefri turut menaruh harapan pada Lisa. Filem ini dibintangi oleh Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Azad Jazmin, Syamsul Yusof, Neelofa dan ramai lagi. Ia bakal ditayangkan pada Hari Raya Aidilfitri.

SAM In Theaters 19/8/2012 (Eid Fitr 2012) MALAYSIA, SINGAPORE, BRUNEI. Known in Malaysia as S.A.M (Saya amat mencintaimu)

Syabas buat pelakon SAM yang dibarisi oleh Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Syamsul Yusof, Azad Jazmin, Neelofa, Adam shah, Harun Salim Bachik.

Harap-harap, kepada media dan semua yang menonton semalam tak reveal atau tak ceritakan secara lebih lanjut tentang jalan cerita, nanti spoiler pulak kan?

Eh, agak-agak berapa la bayaran yang dikenakan untuk ambil lagu Anuar Zain sebagai lagu soundtrack filem ni kan? Budiey rasa tinggi gak ni. Bukan senang nak ambil Anuar Zain sebab beliau sangat eksklusif. Tapi video ni sangat cun. Tahniah Syafiq Yusof.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dekorasi Biskut Raya Terbesar TV3 & TV9

Amy Search & Bunkface Tampil Dalam Produk PopMyCase