in , ,

Amy Search, Ajai dan Ad Samad Jadi Tetamu ALLY

Program bual bicara Ally kini mendapat tempat di hati peminat. Namun, program masih lagi kurang berbisa. Kekurangan yang menciptakan kebosanan penonton adalah perkara biasa. Ally perlu lebih bijak dan berjimat dalam menutur kata. Agar setiap apa yang dibicarakan perlu ada mesej yang tepat. Tidak sekadar gurauan atau seloroh yang kosong.

Warnai malam korang semua dengan program berunsurkan informasi santai. ‘Ally’ kini sedia menemani penonton setia TV3 setiap hari Rabu, jam 11.00 malam. Program ini merupakan program bual bicara unik yang akan membicarakan tentang pelbagai isu kehidupan termasuklah sosial, pendidikan, hiburan, ekonomi, jenayah dan lain-lain.

Rakam an episod ketiga siri Ally pada minggu ini bakal membincangkan topik panas “Lagu Malaysia VS Lagu Indonesia”. Ha, mungkin satu isu yang dah lama diperkatakan ramai. Budiey ingin mendengar isu ini dari kaca mata perspektif yang lebih luas. Artis jemputan selaku panel perbincangan kali ini ialah komposer terkenal Ajai, bintang rock dan penghibur tanah air Amy Search serta penulis lirik, Ad Samad. Haha, kebetulan atau disengajakan oleh Ally… ketiga-tiga nama tetamunya bermula dengan huruf A. Kira ok dah tu.

Apa-apa pun, memang kena sangat la tu, antara otai rock kita yang pernah terbang sayap ke tanah seberang dan pencipta lagu yang kedua-duanya pernah mengeluh dengan kesuraman industri muzik di Malaysia.

Tarikh : 14 Januari 2009 (Rabu)

Masa : 3.00 petang

Tempat : Studio NTV7, Glenmarie, Shah Alam

3190451427 92A8Fefaa5 | 4

2009… Industri muzik kita suram?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

MAXIS TO OFFER FIRST BLACKBERRY PEARL FLIP SMARTPHONE IN MALAYSIA

Juliana Evans, Nanu Baharudin, Norish Karman, Amy Mastura Dalam Kasut Tumit Tinggi