in ,

Google Malaysia Lancar Laman Khas Untuk Ramadan

Youtube

[dropcap]H[/dropcap]ari ini adalah hari pertama seluruh umat Islam di Malaysia berpuasa. Di kesempatan ini, Budiey ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua pembaca blog ini. Jangan lupa pasang niat dan semoga anda semua selamat menjalani ibadat berpuasa. Apa juadah berbuka puasa anda pada hari ini?

Ya, pada tahun ini, oleh kerana seluruh keluarga di dunia menyambut Ramadhan, Google Malaysia ada beberapa tip bagaimana kita semua boleh berhubung dengan lebih mudah dan berkongsi suasana penuh bermakna dengan yang keluarga dan teman tersayang. Selepas Budiey diberitakan tentang Youtube telah melancarkan laman mikro semasa Budiey hadir di Workshop Youtube Pop-up pada 8 Julai lalu, pada hari ini, sempena kedatangan Ramadan, Google tak mahu lepas untuk menyediakan laman khas untuk memudahkan komunikasi dan info kepada kita semua.

Jadi, jangan lupa untuk meayari halaman baru sempena Ramadhan 2013. Pelbagai informasi yang berguna tentang bagaimana untuk berhubung dengan rakan-rakan serta sanak saudara tidak kira dimana anda berada, jenguk sesi memasak bersama selebriti chef dari seluruh Asia Tenggara di Hangouts, malah ketahui cara terbaik untuk pulang bertemu keluarga tersayang di kampung halaman untuk acara balik kampung tahunan.

Google Ramadan

Anda juga boleh mengikuti para jemaah menunaikan ibadah Umrah dan ikuti solat sunat Tarawih setiap malam secara langsung dengan mengikuti siaran langsung dari Mekah, Arab Saudi melalui saluran Youtube Kementerian Kebudayaan dan Informasi Arab Saudi, secara terus melalui laman baru kami.

Dan jika anda ingin lihat bagaimana sambutan Ramadhan di tempat-tempat lain seluruh dunia, cari #ramadan2013 di Google+ untuk melihat gambar-gambar dan paparan yang berkenaan. Anda juga boleh menghantar detik-detik istimewa anda: Hanya kongsikan gambar-gambar kegemaran anda atau paparkan di Google+ dan tag paparan anda dengan hashtag: #ramadan2013

Lebih cara untuk berhubung, berkongsi dan bermesra di bulan Ramadhan yang mulia di www.google.com/Ramadan

Tentang Google Inc.
Google adalah peneraju teknologi global yang memberi tumpuan kepada memperbaiki cara orang berhubung dengan maklumat. Inovasi-inovasi Google dalam carian web dan pengiklanan telah menjadikan laman webnya harta internet terulung dan sebuah jenama paling diiktiraf di dunia. Google adalah tanda dagangan Google Inc. Semua syarikat lain dan nama produk mungkin mempunyai tanda dagangan syarikat-syarikat yang berkaitan.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Amy Mastura Kongsi Kisah Jadi Suri Rumah

Qari Junior Musim Kedua Evolusi Huffaz