in ,

Amy Mastura Jadi Ibu dalam Filem Aku Tak Bodoh

Semalam, tanggal 26 Oktober 2010, jam 3 petang, Budiey sempat menghadiri Majlis Prebiu FIlem Aku Tak Bodoh yang diadakan di Cathay Cineleisure, Mutiara Damansara anjuran Grand Brilliance Sdn Bhd.

Filem yang diadaptasi dari filem Im Not Stupid ini diterbitkan melalui kerjasama Primeworks Studios (Grand Brilliance), J Team, Asia Media Content (AMC), RAM Entertainment dan PMP Entertainment. Diarahkan oleh Boris Boo dengan arahan fotografi oleh Hassan Muthalib dan diterbitkan oleh MANG dan Brando Lee.

Filem ini akan berada di pawagam untuk tontonan ramai mulai 2 Disember 2010.

Selain Amy Mastura yang memegang watak ibu, filem ini turut mengabungkan pelakon baru dan lama. Antaranya, Aeril Zafrel, Rohaizat Hassan, Riezman Khuzaimi, Adibah Noor, Namron, Dato’ Jalaluddin Hassan dan Wan Nor Aizat.

Setelah menonton filem ini, Budiey rasa filem ini wajib ditonton oleh penggemar filem kerana ia diselitkan dengan unsur pengajaran, mesej positif untuk ibu bapa, disampaikan dengan cara yang sinikal dan pedas.

Ini kali pertama, Amy Mastura memegang watak ibu. Menurut Amy, beliau sangat gembira dan bersyukur kerana filem ini berjaya disiapkan dan tak sabar menanti reaksi penonton. Beliau harap semua penonton terhibur dengan filem drama komedi ini. Sangat banyak mesej dan nilai moral dalam filem ini. Wajib tonton!

Amy Mastura

Amy Mastura

Amy Mastura

Amy Mastura

Amy Mastura

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Yuna & Lee Guitars Ada Chemistry

Gambar Pemenang Jumbo Queen Malaysia 2010