in

Amanda Imani Bakal Lancar Single CEMBURU

Dah lama tak dengar cerita tentang penyanyi muda berkulit gebu, Amanda Imani. Hari ini, barulah Budiey terima satu jemputan daripada Amanda Imani Productions yang mengajak Budiey ke Majlis Pelancaran Single Terbaru Amanda Imani berjudul CEMBURU. Pada majlis itu juga, Amanda Imani akan memperkenalkan logo beliau sendiri kepada para media.

Baru Budiey teringat, semasa bertemu Amanda Imani di Festival Filem Malaysia di PICC Putrajaya yang lalu, Amanda ada mengatakan yang dia sudah pun menyiapkan sebuah single di mana beliau berkolaborasi dengan penyanyi rap terkenal, Malique. Lagu Cemburu dicipta sepenuhnya oleh Malique Too Phat. Menurut Amanda, lagu yang sangat unik, lain dari apa yang Amanda buat sebelum ini. Iramanya lebih kepada R&B, hip hop dan Rap. Lagu ini sangat personal yang menggambarkan keadaan dan situasi Amanda Imani dalam mengejar cita-citanya.

amanda imani

Wow, seksinya Amanda dalam kad jemputan ni. 🙂

Turut menaja majlis ini ialah L’oreal dan di bawah label Warner Music Malaysia. Majlis Pelancaran yang akan diadakan di Zeta Bar, Hotel Hilton ini pasti menjadi titik tolak untuk beliau melakar lebih jauh lagi kejayaan dalam bidang seni. Semoga Amanda Imani terus sukses.

VIDEO TEMUBUAL BUDIEY BERSAMA AMANDA IMANI

Amanda Imani Rakam Lagu Bersama Malique Too Phat

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ezany Nizariff & Sheera Iskandar Dalam Telemovie Imam

Gambar Anuar Zain di Singapore Expo