in , ,

Majlis Anugerah Cholan Film Festival 2022 Mengenang Jasa Artis Tamil Malaysia

Dalam festival filem ini, Seniman Pawagam dari Malaysia, Singapura dan Tamil Nadu akan mengambil bahagian.

Majlis Anugerah Cholan Film Festival 2022 akan berlangsung pada 12 November 2022 di Jade Garden, Bandar Aman Jaya, Sungai Petani, Kedah. Acara tahunan kali kedua ini bermula jam 6 petang sehingga 11 malam.

Untuk pengetahuan semua, Anugerah Cholan Film Festival diadakan untuk memberikan penghargaan yang tertinggi kepada para Artis Tamil Malaysia dalam arena perfileman.


Acara ini dianjurkan oleh Sai Nanthini Movie World Sdn.Bhd. dengan kerjasama Kadaraam Indian Film Association dengan sokongan Ministry of Tourism, Arts & Culture;  Ministry of Communication & Multi Media dan Malaysian Indian Congress (MIC).

Selain mengenang budi para Artis Tamil Malaysia yang telah mengharumkan nama Malaysia di Dunia Perfileman Antarabangsa khasnya di Negara India, acara ini juga memberikan dorongan yang berterusan kepada para Artis Tamil Malaysia untuk terus berkecimpung dalam arena perfileman. 

Antara Anugerah-Anugerah yang akan dikurniakan adalah : 

  • (i)  Anugerah Filem Tamil Malaysia. ( Teater Movie )
  • (ii)  Anugerah Filem Pendek Tamil Malaysia. ( Short Film )
  • (iii)  Anugerah Media Perfileman Tamil Malaysia.
  • (iv)  Anugerah Jasa Perseorangan Awam Perfileman Tamil Malaysia.
  • (v)  Anugerah Jasa Artis Perfileman Tamil Malaysia.
  • (vi)  Anugerah Sepanjang Hayat Artis Perfileman Tamil Malaysia.
  • (vii)  Penghargaan Anugerah Memori Artis Global “Malaysia” Ravichandran dan Artis
    Global “Malaysia” Vasudevan.
  • (viii)  Anugerah Artis Perfileman Tamil Tertinggi Rajendra Cholan KIFA.

Majlis ini akan dihadiri oleh para Artis Tamil tempatan, para media online tempatan dan masyarakat India. 

Majlis ini juga akan memberikan impak yang besar kepada para Artis Tamil di Malaysia dan Arena Perfileman Tamil Malaysia. 

Majlis Anugerah Cholan Film Festival 2022

Dalam festival filem ini, penganjur meraikan lebih daripada 50 anugerah untuk Filem Teater dan Filem Pendek.

Ini adalah satu-satunya festival filem yang diadakan untuk Artis Pawagam India Malaysia di negara kita.

Festival filem ini akan dilakukan dengan makan malam istimewa. 

Dalam festival filem ini, Seniman Pawagam dari Malaysia, Singapura dan Tamil Nadu akan mengambil bahagian.

Jadi, sesiapa yang ingin menyokong dan menyertai festival filem ini, anda boleh mendapatkan tiket sekarang!

Jom sokong Artis dan Filem Malaysia kita sendiri!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Alyph Swipe Vida

Trend di TikTok, Alyph Menampilkan Dato’ Seri Vida Dalam Single SWIPE

Norish Kareem

Norish Kareem Bekerjasama Dengan Trilateral Global Summit London