in ,

Alyah Teruja Untuk Lancar Album Baru di Tahun 2016

Seronok dapat berbual-bual dengan penyanyi Alyah semasa Budiey hadir di Majlis Sepeteng Bersama Alyah yang dianjurkan oleh para peminat beliau di Red Box Pavilion KL pada Ahad lalu.

Alang-alang dah sampai di sana, Budiey pun sempat ‘jolok’ menemubual Alyah sebab dah tak lama rasanya tak jumpa. Bertanya tentang perancangan beliau di tahun 2016, Alyah mengatakan beliau sangat teruja untuk menantikan masa dan ketikanya di mana album barunya dilancarkan. Ini kerana, banyak wang ringgit dan tenaga dilaburkan untuk menjayakan projek album terbarunya itu.

Hadir di Birthday Party Penyanyi Datin Alyah petang ni... Terima kasih atas jemputan. Happy belated befday ya Datin. Jap lagi nak karoks lagu SESAL SEPARUH NYAWA special buat Datin.  Thanks @Edd.thebarber utk stail rambut ni.  #eddthebarber #alyah #datina

Bukan semata untuk kepuasan diri sendiri, malah Alyah juga mahu peminat yang membeli album barunya nanti berpuas hati dengan lagu-lagu baru yang didendangkan. Mungkin ramai yang menganggap Alyah senang untuk menerbitkan sebuah album lengkap kerana mempunyai seorang suami yang ada kena mengena dengan bidang muzik. Tidak juga, kata Alyah. Tiada isu ambil kesempatan antara satu sama lain. Dalam album terbaru nanti hanya satu lagu sahaja yang melibatkan susunan lagu dari Datuk Ramli M.S.

Ternyata, Alyah meletakkan seratus peratus kepada usaha sendiri untuk merealisasikan impiannya. Hampir 9 tahun menantikan album penuh. Album nanti bertajuk KISAH ALYAH yang mana lagu-lagu yang dimuatkan banyak ada kena mengena dengan kehidupan dan perjalanan karier beliau sebagai penyanyi.

Untuk kulit album, Alyah telah pun ke Bangkok untuk pengambaran kulit album. Insyaallah album KISAH ALYAH nanti akan dilancarkan pada bulan April 2016.

Alyah kini sibuk menguruskan juga beberapa orang penyanyi lain antaranya Nita Hamzah, Myaherry dan ramai lagi.

Semoga segalanya berjalan lancar. Jom kita tonton temubual Budiey bersama Alyah di saluran Youtube Budiey.com.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dato’ Siti Nurhaliza Terima Anugerah Outstanding Singer Of The Year

Video Muzik HATI-HATI Amira Othman Trending di Youtube