in

Alyah Nafi Fitnah Jual Tubuh, Ditaja Sugar Daddy & Ada Hubungan Sulit

Menjual tubuh – Itulah kononnya rahsia kejayaan Alyah. Itulah yang didakwa seorang jurusolek mengenai penyanyi yang mencipta nama melalui lagu “Tak Mungkin Kerna Sayang” itu.

Tuduhan-tuduhan lain yang dilemparkan termasuk dirinya ditaja ‘sugar daddy’ dan anak angkatnya sebenarnya anak kandungnya sendiri, hasil daripada hubungan sulit.

Alyah mengharapkan semoga isu ini cepat berlalu. Semoga yang benar akan terjawab juga.

Dalam laporan Harian Metro hari ini – ‘Alyah nafi jual tubuh’ – Alyah menegaskan kesemua dakwaan yang dibuat jurusolek tersebut di laman Facebooknya adalah fitnah semata-mata. Semua ini gara-gara tindakan Alyah membatalkan khidmatnya yang dikenakan pada harga RM250 untuk acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 nanti.

Dakwa Alyah, pembantunya telah cuba menghubungi jurusolek berkenaan untuk memaklumkannya mengenai keputusannya (membatalkan khidmatnya) tetapi gagal. Namun diakuinya, dia tidak pula cuba menghantar SMS kepada jurusolek itu.

Meskipun laporan polis sudah dibuat dan surat peguam dihantar kepada jurusolek tersebut, bagi Alyah, ruang masih terbuka untuk menyelesaikan masalah ini dengan baik. [sumber]

Gambar Alyah ini Budiey ambil masa Alyah hadir di Sidang Media Anugerah Bintang Popular yang lalu.

Alyah nafi jual tubuh

KUALA LUMPUR: Penyanyi lagu Tak Mungkin Kerana Sayang, Alyah atau nama sebenarnya, Noor Hasliah Abu Hasan, 29, menafikan dakwaan kononnya dia menjual tubuh dan meniduri orang tertentu demi mencipta nama dalam sekelip mata.

Dalam nada kesal, Alyah berkata gosip mula disebarkan pihak tidak bertanggungjawab mendakwa dia melakukan perbuatan keji itu selain ditaja ‘sugar daddy’ sejak namanya melonjak dalam dunia hiburan.

“Perlu apakah saya melakukan semua itu? Saya masih ada kudrat menyanyi dan mencari rezeki dengan tulang empat kerat. Saya tak tahu apa motif pihak tertentu menuduh saya tidur dengan orang (lelaki) dan memperdagangkan diri.

“Malah, anak angkat saya juga dituduh hasil hubungan sulit dan itu amat keterlaluan! Apakah dosa saya sehingga dituduh seperti itu? “Lebih menyedihkan saya dituduh suka menggunakan bomoh. Dulu memang saya pernah sakit tapi sudah berubat dengan orang yang pakar dalam hal agama. Saya tetap percayakan kuasa Tuhan, sering bertawakal dan berdoa agar diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan,” katanya kepada Harian Metro ketika dihubungi, malam tadi.

Dalam perkembangan terbaru, Alyah membuat laporan di Balai Polis Damansara di sini, malam kelmarin terhadap jurusolek yang didakwa memburuk-buruknya namanya dalam laman sosial Facebook (fb).

“Kejadian bermula apabila saya membatalkan khidmat jurusolek itu untuk malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 pada 4 April nanti. Pembantu saya cuba menghubunginya beberapa kali tetapi gagal.

“Saya mengaku saya salah apabila tidak meminta pembantu saya menghantar SMS kepada jurusolek itu tapi saya tak sangka dia boleh mengugut mahu menjatuhkan saya hanya kerana khidmat mekap RM250,” katanya.

Menurut Alyah, masalah itu boleh diselesaikan dengan sedikit kesabaran, malah dia bersedia membayar ganti rugi.

“Pihak saya menghubunginya meminta nombor akaun bank tapi dia mendakwa perkara lain di akaun fb sehingga ramai peminat meninggalkan komen negatif terhadap saya.

“Orang luar tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku tapi apabila dia menulis perkara buruk dan tidak benar terhadap saya, tindakan perlu diambil,” katanya.

Kata Alyah, antara kandungan fb jurusolek itu berbunyi: “Dah baca paper (akhbar) Berita Minggu (baru-baru ini menyiarkan gosip mengenai perkara itu dan menyebut nama Alyah)? Sedih artis sengkek tu, so berilah kenyataan segera kalau bukan daripada golongan penipu, tapi memang penipu dan cakap putar alam.” Alyah berkata, peguamnya sudah menghantar surat amaran kepada jurusolek itu supaya menghentikan kenyataan memburukkannya di fb.

“Saya sedia berbincang dan menyelesaikan masalah ini secara baik. Saya rasa perkara ini mampu diselesaikan kalau kita bersabar dan bersikap matang bukannya gelabah dan terus memburukkan orang,” katanya. [sumber]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pertandingan Nasyid Piala Rabbani

Krew Produksi The Biggest Loser Asia Tidak Cekap?