in ,

Altimet Lancar Album Terbaru Berjudul AMBOI

Altimet telah pun melancarkan sebuah album terbaru yang diberi judul AMBOI pada 27 November 2016 lalu. Tarikh ini istimewa buat Altimet kerana sama dengan tarikh lahir beliau.

AMBOI membawakan 9 buah lagu baru dengan sentuhan ramai produser hebat seperti SonaOne, Navigator, DJ Fuzz, Noh Salleh, Emir Hermono, Switch dan Fauzi Marzuki.

Amboi menampilkan sembilan buah lagu yang liriknya ditulis sendiri oleh Altimet dengan sentuhan komposer terkenal seperti SonaOne, Navigator, DJ Fuzz, Noh Salleh, Emir Hermono, Switch dan Fauzi Marzuki.

Altimet memberitahu dia hanya mengambil masa sebulan untuk menyiapkan proses penerbitan album terbaharunya yang berjudul Amboi.

Altimet atau Ahmad Abdul Rahman, 38, berkata, dia tidak menganggap tempoh itu sebagai tergesa-gesa sebaliknya ia adalah satu cabaran kepada dirinya dalam melakukan sesuatu diluar kebiasaan.

“Jujurnya saya merakamkan album ini secara spontan kerana idea saya mempunyai pelbagai idea dalam kepala saya.

“Atas sebab itu juga ia boleh disiapkan dalam tempoh sebulan sahaja tetapi itu tidak bererti album ini dibuat tanpa menitik beratkan soal kualiti.

“Sebaliknya ini adalah satu cabaran kepada saya untuk melakukan sesuatu yang di luar kebiasaan dan Alhamdulillah sepanjang proses rakaman ia berjalan dengan lancar,”

AMBOI telah ditulis dan dirakamkan dalam masa sebulan sahaja, dengan proses yang diselia ketat oleh Altimet.

“Kesemua lagu di dalam album ini telah ditulis secara spontan di studio rakaman. Saya tidak membenarkan diri saya menulis lirik di tempat lain. Tindakan ini sengaja saya lakukan kerana mahu mencabar diri saya sendiri dalam proses penulisan lirik dan pembikinan lagu di luar kebiasaan saya.”. – Altimet

Untuk rekod, Amboi yang dilancarkan sejak 27 November lalu menjuarai carta iTunes selain dua single pertamanya, Amboi dan Seru mendapat sambutan menggalakkan.

Dalam pada itu, Altimet berkata, album tersebut mengentengahkan tentang perkara yang berlaku disekelilingnya hasil daripada pemerhatiannya terutamanya di media sosial.

Dia juga tidak menafikan ada memasukkan unsur sindiran dalam lirik lagunya dalam menegur sikap negatif sesetengah masyarakat pada hari ini.

“Saya menulis tentang apa yang saya lihat dan album ini adalah refleksi kepada perkara itu.

“Penulisan secara menyindir itu kerana saya tidak mahu menghentam secara terang-terangan tetapi sesiapa yang terasa mungkin ia berlaku kepadanya.

“Paling penting mesej yang ingin disampaikan dapat diterima dengan baik oleh pendengar,” ujarnya.

Altimet mengambil masa beberapa bulan untuk membuat penelitian tentang gelagat masyarakat terutamanya di media sosial yang disifatkan banyak elemen sinis dalam mendapatkan perhatian.

“Saya sudah lama tidak memberi perhatian kepada media sosial tetapi apabila saya membuat perhatian memang banyak perkara negatif berada di sekeliling kita. Dari situ saya buat pemerhatian bagi mendapatkan idea untuk album ini.”

Seiringan dengan pelancaran album, Altimet juga berkolaberasi dengan AkuDesign dalam satu siri cenderamata dan barangan yang eksklusif dan terhad yang diberi nama #AkuAltimet. Peminat dapat membeli barangan #AkuAltimet ini secara online dengan melayari sesawang rasmi Altimet (www.altimet.com.my) dan juga boleh menyemak senarai kedai yang menjual barangan ini di seluruh Negara.

Pengedaran bersama oleh Kartel Industries & Sony Music Entertainment (Malaysia), AMBOI akan berada di pasaran, di kedai-kedai dan platform digital bermula 27 November 2016.

Altimet Lancar Album Terbaru Berjudul AMBOI

Altimet Lancar Album Terbaru Berjudul AMBOI

Altimet Lancar Album Terbaru Berjudul AMBOI

Altimet Lancar Album Terbaru Berjudul AMBOI

Altimet Lancar Album Terbaru Berjudul AMBOI

Altimet Lancar Album Terbaru Berjudul AMBOI

Altimet Lancar Album Terbaru Berjudul AMBOI

Altimet Lancar Album Terbaru Berjudul AMBOI

Altimet Lancar Album Terbaru Berjudul AMBOI

AMBOI Altimet

Altimet seorang rapper yang telah memenangi beberapa anugerah, penghibur, penulis lagu dan produser dari Malaysia. Ahmad bin Abdul Rahman (dilahirkan pada 27 November 1978), atau lebih dikenali sebagai Altimet, diakui sebagai salah seorang penggerak yang aktif dalam industry muzik Malaysia, juga tersenarai dalam “individuals who are shaping Malaysia” (August Man Magazine 2010 issue).

Penghargaan ini diberi atas usaha berterusan beliau lebih 10 tahun dalam memperjuangkan kariernya dalam industry muzik tempatan, di mana kita dapat lihat beliau telah memecah rekod, meraih anugerah dan pernah memenuhi carta #1 dengan 7 buah lagu single.

Dari melakar sejarah lagu hip-hop pertama berjudul “Kalau Aku Kaya” yang merangkul tempat ketiga di anugerah paling berprestij di Malaysia, Anugerah Juara Lagu ke 28, hingga menulis dan menghasilkan lagu :Pencuri” untuk Mark Adam, lagu yang telah mendapat #1 di carta radio, pencapaian dan kejayaan Altimet terus meningkat.

Mac 2016, Altimet mengorak langkah bersama sebuah kumpulan yang diberi nama Altimet & The Kawan Band memulakan jelajah muzik di London, England dan berakhir di Austin, Texas, USA menghadiri Festival SXSW yang diiktiraf dunia dan ,ereka merupakan wakil tunggal dari Malaysia pada tahun ini membuat beberapa persembahan di sana.

@altimet @altimet facebook.com/altimetonline

 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Trailer Filem DESPICABLE ME 3 Sangat Kelakar

Ulasan Konsert 3 JUARA Battle Ke-5