in ,

Aliff Syukri Terkejut Permohonan Dapatkan BPN Tidak Diluluskan

Usahawan selebriti terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa terkejutnya apabila permohonannya mendapatkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) tidak diluluskan.

Pasti ramai yang tengah tersenyum lebar apabila menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) daripada pihak kerajaan. Bagaimanapun, ada yang menerima dengan hati terbuka meskipun tidak layak menerima bantuan, malah sanggup mengeluarkan duit untuk membantu mereka yang memerlukan.

Pada 27 Mac 2020, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membentangkan satu Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bagi membantu rakyat di negara ini ekoran keputusan kerajaan untuk menyambung tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memastikan rangkaian COVID-19 ini dapat dibendung secara keseluruhannya. 

Dalam ucapannya, Perdana Menteri telah memberi pelbagai bantuan kepada pelbagai lapisan masyarakat ekoran pendapatan orang ramai terjejas kerana permasalahn COVID-19 yang menyerang dunia ketika ini termasuk Malaysia apatah lagi tempoh PKP juga dilanjutkan menyebabkan sesetengah masyarakat tidak boleh menjana pendapatan.

Jika sebelum ini timbul kontroversi dalam kalangan artis yang mempersoalkan mengenai bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada golongan tertentu, sekali gus meminta agar diwujudkan bantuan khas bagi para seniman.

Namun lain pula yang dirasai oleh jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri yang meluahkan rasa terkejut dan sedih apabila permohonannya untuk mendapatkan BPN tidak diluluskan.

Aliff Syukri Terkejut Permohonan Dapatkan BPN Tidak Diluluskan

Menurutnya, dalam keadaan yang cukup getir ketika ini, dirinya sebagai seorang usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) juta turut merasai tekanan.

“Hari ini saya amat terkejut kerana permohonan saya tidak diluluskan… saja nak semak .. saya faham dalam keadaan yang begitu getir ini, bukan sahaja orang-orang biasa tertekan tetapi saya sebagai Usahawan Industri IKS juga turut merasai… rasanya kalah zaman kegawatan ekonomi 1997 kan,”

– Aliff Syukri

Namun begitu, beliau memahami ketika ini ramai orang terkesan terutama perniaga Industri Kecil Sederhana (IKS) seperti dirinya sehingga menyebabkan 90 peratus  ‘sale’ jualannya terjejas teruk.

Tambahnya, keadaan COVID-19 ketika ini dilihat begitu bahaya kerana memberi kesan teruk kepada semua lapisan masyarakat terutama para perniaga dan ia dilihat lebih teruk dari kegawatan ekonomi pada tahun 1997.

Dalam pada itu, Aliff turut mengucapkan terima kasih kepada penyokong-penyokongnya yang membeli produk walaupun tidak dalam kuantiti yang banyak.

“Saya berharap kerajaan boleh mengurangkan cukai utk org mcm sy iks yang lain untuk meringankan beban kami..

Apa pun terima kasih kepada penyokong-penyokong saya yang membeli produk saya walaupun tak byk tapi sedikit.

Saya berharap kerajaan boleh mengurangkan cukai untuk orang macam saya (IKS) yang lain untuk meringankan beban kami,”

– – Aliff Syukri

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Aliff berkata jualan perniagaannya merundum teruk sehingga 90 peratus dan semua perniagannnya ditutup sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Aliff berkata dia berharap kerajaan dapat memberikan bantuan kepada peniaga sepertinya yang turut terjejas berikutan penularan wabak COVID-19.

Seperti sudah dijangka, perkongsiannya itu mengundang kecaman netizen yang menyelar sikap usahawan itu sudah kaya raya tapi masih lagi mengharapkan bantuan kerajaan. Netizen berkata sudah tentu bantuan itu diberikan kepada mereka yang lebih memerlukan.

Aliff Syukri Terkejut Permohonan Dapatkan BPN Tidak Diluluskan

Kata netizen lagi, disebabkan itulah usahawan itu tidak pernah bahagia meskipun sudah kaya kerana harta sudah banyak dan memiliki rumah besar tetapi masih tidak tahu bersyukur. Malah ada menasihati Aliff agar gembirakan isterinya terlebih dahulu jika mahu bahagia.

Aliff Syukri Terkejut Permohonan Dapatkan BPN Tidak Diluluskan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sasha Saidin Ke Afrika Selatan Hos Program DESIGN CAPITAL

Elemen Dikir Barat Bertemu Hip Hop dalam kolaborasi Inteam & Jae Deen