in ,

Aliff Syukri Mahu Jual Rumah Miliknya di Pavilion Dengan Harga RM6 Juta

Usahawan kosmetik dan selebriti popular, Datuk Seri Aliff Syukri menyatakan dia mahu menjual sebuah rumah miliknya yang terletak di pusat membeli belah terkenal Pavilion KL.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Aliff memberitahu dia mahu menjual rumah berkenaan dengan harga RM6 juta.

“Saya Nak jual rumah ni. Cantik tak rumah saya ni!? Kalau cantik cuba korang komen kat bawah Cantik!Cantik!Cantik! Maaf terpaksa sekeping sbb nak target pelanggan oversea.

“Rumah ni saya nak jual dengan harga yang berpatutan hanya RM6 juta sahaja fully furnished dan kalau korang nak sewa dengan harga RM18k sahaja… I sewa rm20k… Siapa cepat dia dapat,”

– Aliff Syukri
Rumah

Menurut Aliff, harga yang ditawarkannya itu agak murah, cantik dan terletak ditingkat yang agak tinggi serta boleh melihat pemandangan di Kuala Lumpur.

“Nak pergi Pavilion turun lift terus sampai nak pergi butik LV ke GUCCI pun dekat je.

“Tag kawan korang yang suka duduk Kuala Lumpur dan shopping di Pavilion,” ujarnya. 

– Aliff Syukri

Menerusi video tour rumahnya, usahawan itu memberitahu rumah tersebut mempunyai empat buat bilik dan empat buah bilik air.

Selain itu, kediaman tersebut turut dilengkapi kemudahan lain seperti dua petak parking, gymnasium, sauna, gelanggang tenis dan kolam renang.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Nadia Brian Akui Suami Dah Failkan Penceraian, Tunggu Tarikh Ke Mahkamah

Muzikal Lawak Superstar Kini Kembali Untuk Musim Kedua