in ,

Aliff Syukri Buang Ego, Isu Cerai Bukan Gimik & Raih Publisiti

Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai kemelut rumah tangga usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri apabila surat tuntutan cerai Datin Seri Nur Shahida tersebar di media sosial apabila didedahkan oleh Aliff sendiri di Instagram miliknya.

Terbaru, Aliff seolah memberi bayangan hubungan rumah tangganya sudah kembali pulih. Menerusi perkongsian di Instagram, Aliff berkata selepas 4 bulan berjauhan dengan isteri dan anak-anak, dia memilih untuk kembali ke pangkuan keluarga.

“Rindu sangat nak peluk anak saya Raudah. Lama saya menyepi, bukan merajuk cuma muhasabah diri untuk menjadi manusia yang soleh, menghargai, matang, dan apa yang saya perlukan dalam hidup.

“Empat bulan berjauhan dari anak di sisi kosong sebenarnya hidup saya dan saya buang ego dan kembali ke pangkuan keluarga,” katanya.

Dalam pada itu, Aliff berkata isu rumah tangganya yang berlaku sebelum ini bukanlah gimik yang sengaja dicipta. Malah, Aliff mengakui bukan mudah untuk melalui ujian tersebut dan kini dia lebih menghargai keluarganya.

“Apa yang berlaku bukan gimik untuk meraih publisiti tapi saya seperti orang biasa yang ada pasang surut dalam rumahtangga. Jujurnya bukan satu benda yang senang untuk saya lalui tetapi syukur Alhamdulillah keluarga Allah keutamaan saya.

“Saya ingin menjadi seorang Alif Syukri yang baru yang lebih matang dan menghargai semua orang terutamanya isteri saya, family saya mak saya keluarga saya, sedar keluarga adalah segalanya dan Ramadhan ni memberi erti yang besar pada saya,” tulisnya.

Awal Mac lalu, pergolakan rumah tangga Aliff Syukri dan Nur Shahida menjadi bualan ramai apabila kedua mereka dikatakan saling tidak mengikuti akaun Instagram masing-masing.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ustaz Ebit Bantu Keluarga di Pahang, Sekali Kena Tegur Pasal Adab

Bata Presents Gaya Raya with Fattah Amin & Fazura