in

Sinopsis Telemovie Dewi Suria Arahan Zul Huzaimy

[dropcap]T[/dropcap]ragedi 30 tahun dulu telah meninggalkan bayangan hitam dalam hidup Jazlan. Kerana tingkah seorang perempuan, dia menyimpan dendam pada semua perempuan. Baginya, perempuan sering mendatangkan bencana. Oleh itu, timbul diskriminasi antara anak lelaki dan perempuan dalam keluarganya. Dia sendiri amat memusuhi anak perempuannya,Suria. Malah dia cuba menafikan kewujudan gadis itu dari pengetahuan rakan – rakan perniagaannya.

DEWI SURIA

Suria pasrah untuk menghadapi kebencian bapanya. Dengan kepiluan, dia meneruskan kehidupannya tanpa kasih sayang dan perhatian lelaki. Sebagai mangsa sebuah dendam yang tidak diketahui puncanya, dia mahu membuktikan bahawa anak perempuan juga punya hak dan berhak! Suria belajar berdikari dengan tinggal seorang diri dan berkerja sebagai pegawai veterinar. Manakala ibu Suria sudah lama tinggal berasingan apabila dihalau keluar oleh suaminya.

[pullquote align=”right”]Dewi Suria telemovie arahan Zul Huzaimy yang diterbitkan oleh Aquila Emas Sdn Bhd untuk TVi RTM (Saluran 180 Astro) yang akan bersiaran pada Sabtu, 25hb Mei 2013 @ 12.30 tengahari.[/pullquote]

Satu hari, Jazlan hilang di lautan selepas membuat selaman skuba. Suria mengambil alih sementara kedudukan Jazlan di dalam syarikat. Fauzan iaitu abang kepada Suria pula berusaha mencari Jazlan di laut. Indra iaitu salah seorang pekerja di syarikat Jazlan turut membantu Suria menguruskan syarikat. Apabila Jazlan ditemui, dia masih lagi dengan sikap lamanya iaitu membenci perempuan walaupun dia sudah berupaya berjalan disebabkan kemalangan semasa selaman scuba. Suria yang membantu memulihkan syarikat itu dipecatnya walaupun anaknya sendiri.

Prestasi syarikat Jazlan merudum hingga di saman oleh pihak bank. Jazlan terpaksa menjual semua asetnya untuk membayar hutang dan menutup syarikatnya. Dia kini tinggal di rumah pusaka tinggalan arwah ibubapanya di kampung. Satu hari Suria datang menjengoknya dah meninggalkan sesuatu untuk tatapan Jazlan. Jazlan malu dan berang apabila mengetahui benda tersebut.

Jazlan mengunjungi seseorang yang telah lama terpisah. Peristiwa silam telah diungkit kembali. Akhirnya segala kekusutan, dendam dan kasih sayang telah terjawab. Siapakah gerangan orang itu dan apakah yang sebenarnya berlaku?

Semuanya akan dirungkai dalam tayangan telemovie ‘Dewi Suria’ terbitan Aquila Emas Sdn Bhd serta arahan Zul Huzaimy di saluran TVi RTM (Saluran 180 Astro) pada hari Sabtu, 25 Mei 2013, pukul 12.30 tengahari. Sama-sama kita saksikannya nanti.

Barisan pelakon Dewi Suria
1. Jazlan – Roy Azman
2. Suria – Zarynn Min
3. Fauzan – Zul Huzaimy Marzuki
4. Rusniati – Anne Abdullah
5. Indra – Akhmar Ridhwan
6. Nurliza – Nurseha
7. Anim – Azalea Firash
8. Mimi – Amy Jueliet

Pengarah : Zul Huzaimy Marzuki
Penerbit : Syarizan Md Isa
Penerbit Eksekutif : Zizan Nin
Pengurus Produksi : Mat Rawi
Penulis Skrip : Nazri Bin Awang
Adaptasi Novel : Norhayati Berahim
Terbitan : Aquila Emas Sdn Bhd
Pen. Pengarah : Nordiahnawati Bt Jemat
Pen. Pengurus Produksi : Azizi Mohamad Said
Jurukamera : Abdul Malek B. Marwi
Jurusolek : Mazlan B. Hashim
Konti : Mustam B. Mustapa
Penata seni : Zahari Huzir B. Kamis
Penyunting : Farhan

DEWI SURIA

DEWI SURIA

DEWI SURIA

DEWI SURIA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aliff Aziz Kini Bergelar Pengembala Kambing

Zo In Sung Tak Sangka Ada Ramai Peminat di Malaysia