in , , ,

Imej Botak & Kesan Luka di Kepala Aliff Aziz Jadi Tanda Tanya Netizen

Kehadiran Aliff Aziz, ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur bagi kes perceraiannya, hari ini, menjadi perhatian netizen apabila penyanyi dan pelakon itu tampil dengan imej botak bersama kesan luka di kepala.

Tampil berkemeja dan berseluar hitam, rakaman video artis sensasi terbabit berpelukan dengan bekas mentuanya selepas prosiding lafaz cerai tular di media sosial.

Dalam video berkenaan berserta fotonya di sekitar mahkamah terbabit, jelas kelihatan kesan kemerahan-merahan pada kepala penyanyi berusia 28 tahun itu.

Aliff Aziz

Rata-rata netizen mempersoalkan mengenai kesan seperti pukulan pada kepalanya, namun tiada kenyataan rasmi berhubung perkara berkenaan daripada selebriti kelahiran Singapura itu.

Ketika masing-masing mengutarakan pendapat sendiri, ada sumber memaklumkan, Aliff sebenarnya sedang menjalani rawatan rambut.

Justeru, ada yang mempersoalkan, saat dirinya berdepan kontroversi curang, lelaki itu masih sempat meluangkan masa untuk memperbaiki imej atau penampilan diri.

Sementara itu, pelakon drama Halalkan Hati Yang Ku Curi itu sah bercerai dengan bekas isteri, Bella Astillah atau nama penuhnya Dayang Ara Nabella Awang Astillah, 25, petang tadi.

Aliff Aziz & Bella Astillah Bercerai Talak Satu

Menurut Bella, dia tidak menyimpan dendam terhadap Aliff namun merasakan keputusan untuk berpisah adalah jalan terbaik buat mereka.

“Saya maafkan Aliff cuma kali ni saya rasa dengan keputusan untuk berpisah ini menjadi jalan yang terbaik sebab saya tak nak hidup Ayden itu negatif.

“Whatever it is, apa yang saya boleh kongsikan apa pun yang terjadi sampai bila-bila pun Aliff tetap ayah kepada anak saya,”

– Bella Astillah

Terdahulu, selain dikaitkan dengan pelakon baharu, Oktovia Manrose, dan seorang gadis seksi bertindik, Aliff juga terpalit kontroversi pada Julai 2017 bersama adik Anzalna Nasir, Afifah.

Aliff Aziz & Bella Astillah Bercerai Talak Satu

Bagaimanapun, Bella memaafkan perbuatan bekas suaminya itu hingga tercetus kejadian terbaru, sekitar Februari lalu.

Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang putera, Ayden, yang kini berusia dua tahun.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aliff Aziz & Bella Astillah Sah Bercerai Talak Satu

Impian Datuk Seri Siti Nurhaliza Bawa Siti Aafiyah Ke Mekah Bakal Terlaksana