in , ,

Aliff Aziz & Bella Astillah Bakal Timang Anak Perempuan

Penyanyi, Aliff Aziz dan isterinya, Bella Astillah bakal menimang cahaya mata perempuan, Julai depan.

Berita gembira dan pengumuman jantina dilakukan menerusi laman Instagram (IG) Live, Bella, petang tadi. Bella kelihatan sebak sebaik belon dipecahkan Aliff mendedahkan jantina bayi mereka. Pendedahan jantina terpaksa dibuat secara langsung berikutan Bella tidak berada di sisi suaminya di Singapura berikutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Penyanyi lagu Sayang Sayang itu ketika diminta Bella meneka jantina bayi, menyatakan tidak kisah sama ada lelaki atau perempuan.

Bella Astillah

“Alhamdulillah, saya tidak kisah apa pun jantina, yang penting sihat,” kata Aliff.

Seluruh ahli keluarga Aliff termasuk adiknya penyanyi, Aisyah Aziz turut sama ketika sesi pendedahan itu. Mereka kelihatan gembira pengumuman berkenaan.

Ketika menjawab pertanyaan Aliff, adakah sudah lama mengetahui jantina bayi, Bella memberitahu, dia sudah lama mengetahuinya.

Bella dan Aliff bernikah pada 9 September 2016. Mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Ayden Adrean yang kini berusia tiga tahun.

Rumah tangga Bella dan Aliff beberapa kali diuji dengan isu kecurangan hingga kemuncaknya berakhir dengan perceraian pada 16 Mei, tahun lalu. Bagaimanapun, pasangan berkenaan kembali mencetuskan kontroversi apabila Bella membuat pengakuan rujuk dengan Aliff ketika tempoh edah, tahun lalu.

Pengumuman dibuat Bella menerusi IG ketika menjawab pertanyaan pengikut yang melihat perubahan wajah dan mempersoalkannya kehamilan, baru-baru ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pengembaraan Budaya Islam Korea di dalam SARANGHAE RAMADAN EID, THE SERIES

Sambutan Ramadan ‘Ala Kadar’ di Gaza