in

Sambutan Ramadan ‘Ala Kadar’ di Gaza

Marhaban ya Ramadan ucapan yang meniti dibibir seluruh umat islam ketika tibanya bulan yang penuh barakah tanda mulanya puasa. Seluruh umat Islam menyambutnya tanpa mengira kedudukan, yang miskin atau kaya, negara aman atau bergolak.

Ketika ada umat Islam sibuk berbuka dengan juadah pelbagai pilihan dan lazat di sudut bumi bergolak terdapat saudara segama yang hanya berbuka dengan air kosong yang tidak pasti kebersihanya dan tiada makanan. Pegawai Media Humanitarian Care Malaysia di Gaza, Asyraf Elawa berkata hampir dua juta penduduk wilayah berkenaan mengharungi bulan Ramadan dalam keadaan ekonomi terburuk sejak puluhan tahun lalu.

Ramadan Gaza

“Lebih sejuta penduduk Gaza tidak mempunyai pendapatan harian. Seorang setiap dua penduduknya hidup dibawah paras kemiskinan dan 70 peratus golongan muda menggangur.

Tambahan pula, kadar kemiskinan mencecah 65.6 peratus. Daripada jumlah itu, 33.8 peratus termasuk dalam kategori ‘miskin terlampau,”

– Asyraf Elawa

Menurut Asyraf, sejak 5 tahun lalu pihak MyCARE Gaza memberikan bantuan kemanusiaan berupa pek makanan dan air bersih kepada keluarga-keluarga yang dikategorikan “miskin terlampau” di kawasan Nahrul Baarid, Semenanjung Gaza.

Ramadan Gaza

“Di kawasan ini terdapat 100 buah keluarga miskin dan setiap keluarga terdiri daripada 7 orang.

Mereka tidak mempunyai rumah yang selamat serta bekalan makanan harian dan sukar untuk mendapti air bersih,”

“Mereka juga tinggal dikawasan yang penuh dengan binatang-binatang seperti biawak dan tikus kerana kawasaan itu adalah tempat pembuangan sampah.

Pihak kami juga mendapati kanak-kanak hanya memakai pakaian yang koyak,”

– – Asyraf Elawa
Ramadan Gaza

Menurut Asyraf lagi, sejak penularan wabak covid 19 situasi keluarga disini bertamah sukar selain terdedah dengan pelbagai penyakit.

Prihatin dengan nasib yang menimpa penduduk Gaza, pihak MyCARE telah melancarkan kempen MyRamadan yang bermula 19 April 2020 sehingga 23 Mei 2020 bagi membantu penduduk miskin di Gaza untuk terus mendapat bekalan makanan bagi kelangsungan hidup.

Ramadan Gaza

Selain Gaza, Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) juga turut membantu 100 ribu umat Islam di 22 buah negara bagi menjalani ibadah puasa termasuk di Syria, Somalia, dan Yemen.

Bagi mereka yang ingin membantu sumbangan boleh disalurkan melalui Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) CIMB (8602135592) atau https://donate.mycare.org.my/c/myramadan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aliff Aziz & Bella Astillah Bakal Timang Anak Perempuan

Derma Dengan Ikhlas & Pasaraya ST Rosyam Mart Hulur Bantuan Untuk PROFIMA