in ,

Pengembaraan Budaya Islam Korea di dalam SARANGHAE RAMADAN EID, THE SERIES

Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, Primeworks Studios dengan kerjasama Motion Content Group menampilkan sebuah rancangan istimewa, Saranghae Ramadan Eid, The Series.

Rancangan lima episod bersiri ini membawa penonton mengikuti budaya orang Islam Korea di Malaysia dan di Korea Selatan serta persiapan mereka ketika menyambut Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri. Siri tersebut memaparkan gabungan budaya Korea dan agama Islam yang menerapkan nilai-nilai murni dan saling hormat menghormati, sesuai untuk tontonan umum terutamanya peminat rancangan Korea.

Episod pertama yang berjudul ‘Korean Muslims in Malaysia’ dihoskan oleh Hani Fadzil berkisar tentang kisah Ahmad dan Emir dan kecintaan mereka terhadap Islam. Episod ini tertumpu pada perkongsian pengembaraan dua orang Muslim Korea yang menetap dan menyambut Ramadan di kawasan yang populasinya sebahagian besar beragama Islam. 

BORA 10

Korean Muslims In South Korea’ pula adalah episod kedua dari siri tersebut yang mengikuti kisah tiga orang Muslim Korea di Seoul yang bernama Daud, Seong Yong dan Bora Song. Dalam episod ini, mereka kongsikan kisah dan pengalaman mereka selepas memeluk agama Islam yang keseluruhannya telah mengubah gaya hidup mereka di Korea. 

Setelah berkenalan dengan Daud, Bora dan Yong, lanjutannya dalam episod ketiga siri itu, ‘Meet My Friends In Seoul’ menjelaskan perspektif teman rapat mereka yang sentiasa menyokong perjalanan mereka dalam mengenal Islam. 

Dong Hyun 01

Episod keempat dari siri itu yang berjudul ‘K-Host Meets K-Mualaf’ yang dihoskan oleh pengacara TV Korea, Justin Choi bersama tetamu Khalid & Lee Seul, Ayana Moon. Episod ini akan menampilkan dua orang Korea yang membincangkan tentang kepercayaan agama mereka dan memberi penghormatan terhadap satu sama lain. 

Kisah sepanjang Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri menjadi episod akhir siri ini yang  membawa penonton untuk menyaksikan persediaan Muslim Korea di musim perayaan itu. 

Coway Malaysia, penaja siri tersebut, telah memberi sorotan terhadap produk mereka iaitu Air & Water Purifier yang selaras dengan tema Islam yang selalu menggalakkan kebersihan dan penyucian, membuatkan ia sesuai digunakan oleh mualaf di Malaysia & Korea yang baru memeluk Islam. 

Bora Song di dalam episod 2 – ‘Korean Muslims in South Korea’ Donghyun Kim di dalam episod 3 – ‘Meet My Friends In Seoul’Saranghae Ramadan Eid, The Series telah mula disiarkan pada 29 April lalu dan akan berakhir pada 27 Mei di saluran TV3, setiap hari rabu pada jam 6:30 petang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Genap 2 Tahun Rumah Diserbu Polis, Anak Dedah Najib Pernah Hilang Dalam Rumah Sendiri

Aliff Aziz & Bella Astillah Bakal Timang Anak Perempuan