in , ,

Alif Satar Sebak Dapat Duet Bersama Raihan

Penyanyi, Alif Satar, 28, menganggap peluang berduet dengan kumpulan nasyid popular, Raihan, sebagai mimpi yang menjadi nyata.

Mengakui peminat kumpulan terbabit sejak usianya tujuh tahun lagi, Artis Versatil Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31 itu berkata perancangan kerjasama mereka juga cukup dipermudahkan.

“Kerjasama ini bermula dengan pelawaan spontan saya kepada mereka. Kebetulan, pada Disember lalu, saya berduet dengan Raihan dalam program Bintang Minggu Ini. Tak sangka pula, pelawaan itu disambut baik.

“Selepas rakaman program berkenaan juga, sedutan latihan kami menyanyikan lagu Sesungguhnya menjadi tular. Ia umpama isyarat supaya projek ini diteruskan.

“Semuanya pula bagai dipermudahkan. Selain Raihan sendiri menyatakan persetujuan untuk berduet, pihak syarikat rakaman turut menyambut baik kerjasama ini,”

– Alif Satar

Alif sambil mengakui Sesungguhnya antara lagu dendangan kumpulan terbabit yang amat digemarinya.

Menggunakan judul Sesungguhnya ‘19, mereka merakamkan lagu duet berkenaan pada 15 April lalu dan bakal dilancarkan 10 Mei depan, sempena kehadiran Ramadan.

Alif yang ditemui pada pelancaran sebuah portal berkata, mereka merakamkan lagu terbabit secara berasingan, dari jam 10 malam hingga 5 pagi.

Raihan Alif Satar

“Jujurnya, saya sendiri sangat sebak apabila kerjasama ini dapat dilaksanakan. Melihat mereka merakamkan Sesungguhnya ‘19 di hadapan mata, ia pengalaman yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.

“Daripada sekadar berduet dalam program hiburan, tidak sangka kerjasama itu berlarutan ke studio rakaman pula. Kalau ibu bapa saya dengar lagu ini nanti, mereka pasti sangat bangga. Mereka tahu, saya memang begitu meminati Raihan,”

– Alif Satar
Sumber: Berita Harian

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Sufian Suhaimi

Di Matamu Nyanyian Sufian Suhaimi Terima Pengiktirafan Malaysia Book Of Records

Daniel Radcliffe

Ada Sebab Samsung Tunda Pelancaran Galaxy Fold