in ,

Alif Satar Jadi Pengacara Program Kenangan Mengusik Jiwa

Kegemilangan Pop Yeh Yeh Dalam 13 Episod “Kenangan Mengusik Jiwa” Di TV1

[dropcap]R[/dropcap]adio Televisyen Malaysia (RTM) mengembalikan kegemilangan irama pop yeh yeh menerusi sebuah program terbaharu, “Kenangan Mengusik Jiwa” yang bakal menemui penonton setia saluran TV1 mulai 3 Disember depan.

Menghiburkan anda setiap Isnin, jam 9.00 malam, antara keunikan program bersiaran setengah jam ini kerana selain pengisiannya yang padat berkaitan era zaman kegemilangan Pop Yeh Yeh sehingga kini, program ini menampilkan pengacara artis remaja, Alif Satar.

Kongsikan tema dan topik-topik menarik dalam 13 episod siarannya termasuklah kupasan topik bermula era zaman kegemilangan Pop Yeh Yeh dicetuskan oleh M.Osman, ikon 60an iaitu Dato’ Jeffrydin dan A.Ramlie, tentang imej, ikon dan identiti Pop Yeh Yeh, lirik lagu yang sering menjadi pilihan pada penyanyi, komposer, penulis lirik dalam zaman pop yeh yeh, peranan yang dimainkan oleh penulis lirik, penggubah lagu dan penyanyi wanita pada era zaman pop yeh yeh, fesyen-fesyen yang dikaitkan dengan personaliti Pop Yeh seperti Fatimah M.Amin, A.Rahman Hassan, Jeffrydin, M.Ishak dan ramai lagi.

Malah turut memperlihatkan beberapa keunikan yang terdapat dalam lagu Pop Yeh Yeh iaitu sedih dalam rancak, peranan yang dimainkan oleh kugiran pada zaman Pop Yeh Yeh, lagu-lagu popular yang unik dan menghiburkan sepanjang era Pop Yeh Yeh iaitu lagu Yale-Yale dan La Obe. Yale-yale dicipta pada tahun 50-an manakala Lo Obe dinyanyikan dalam Bahasa Boyan.

[pullquote align=”right”]Ia memberi tumpuan pada filem A Go Go 67 yang merupakan arahan Omar Rojik.[/pullquote]

Filem ini boleh dikatakan telah mencetus satu revolusi pada perkembangan muzik dan filem Melayu. Melalui filem tersebut, banyak penyanyi yang telah dilahirkan seperti Sanisah Huri, Osman Ahmad, Orked Abdullah, D.Hatta dan ramai lagi.

[dropcap]B[/dropcap]ukan sekadar berkongsi yang ‘manis-manis’ sahaja, program ini membincangkan juga mengenai zaman kemerosotan Genre muzik Pop Yeh Yeh. Perbincangan merangkumi faktor-faktor yang menyebabkan era muzik Pop Yeh Yeh semakin muram pada penghujung 1960an dan antara faktornya ialah perubahan cita rasa penonton, pengaruh hindustan, dan banyak lagi yang dibincangkan.

Kongsikan juga topik melihat jasa dan peranan radio dalam membantu memartabatkan muzik Pop Yeh Yeh. Lagu-lagu Pop Yeh Yeh yang sering berkumandang di Radio Klasik Nasional dapat didengari oleh generasi masa kini. Usaha- memartabatkan irama muzik Pop Yeh Yeh sebagai sebuah khazanah muzik tanah air kita nyata berterusan dengan penganjuran pelbagai konsert Pop Yeh Yeh untuk memperkenalkan irama muzik Pop Yeh Yeh pada generasi hari ini.

Di samping itu, temubual bersama Dato A.Rahman Hassan, Alif Nasir, Lokman Ghani, Ghazali Ismail, Fatimah M.Amin, J.Sham dan ramai lagi turut diselitkan untuk menambah serba sedikit info berkaitan topik dibincangkan. Ada juga episod yang mengundang Cikgu Yusnor Ef, Dato’ Jeffrydin dan A.Rozaini turut diselitkan untuk menguatkan lagi kisah dan lagu mereka serta menambah info berkaitan ikon tersebut.

Saksikan juga kemunculan generasi baru yang memperkenalkan diri mereka sebagai Kumpulan Salsa Electrica, Rhtym 60’s, Qisqha, The Rogers, Putra Sari, Metallody dan Kumpulan Akasia menyampaikan lagu popular Kenanganku, Oh Fatimah, Kisah Dan Tauladan, Bibir Mesra Jiwa Parah, Seruan Kasih, Kenangan Mengusik Jiwa, Sumpah Setia, Tak Mengapa, Siapa Bilang Aku Tak Sayang, Mungkinkah selain Yale-Yale dan La Obe.

Episod pengenalan dokumentari muzikal ini pada 3 Disember depan memaparkan bagaimana bermulanya era zaman Pop Yeah Yeah yang dicetuskan oleh M. Osman pada ketika itu. Episod pengenalan ini juga, memaparkan lagu-lagu yang dipopularkan oleh M. Osman seperti lagu Suzana dan Kasih Berduka. Selain ia turut menampilkan kumpulan muzik The Refflesia yang masih meminati irama Pop Yeah Yeah selain kemunculan isterinya Afida Es dan juga anaknya Zulkifli M. Osman sebagai tetamu minggu ini.

Program Kenangan Mengusik Jiwa

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sitkom Menarik New Girl di ntv7 Mendapat Sambutan Penonton

Lagu-Lagu Hebat AIM19 dalam Album HIT NO 1