in ,

Ali Puteh Tak Kisah Dihentam, Anggap Netizen Tak Tahu Fakta Sebenar

Selepas dua tahun akhirnya balu kepada Allahyarham Abam Bocey, Nor Hidayah Mohd Ali menang kes saman fitnah dan Ali Puteh diperintah membayar ganti rugi RM60,000 kepada kaka iparnya.

Ali berkata dia tiada masalah serta bersedia untuk berdepan dengan netizen yang akan menghentam atau mencemuhnya di media sosial.

“Dalam dua tahun ini, saya sudah bersedia menghadapi apa saja kecaman. Saya sudah maklumkan kepada keluarga, menang pun kita kena (hentam), kalah pun kita kena.

“Jadi, saya tiada masalah dengan netizen sebab kita tahu apa yang kita lakukan dan apa sebenarnya yang terjadi,” katanya.

Sementara itu, Ali berkata dia tidak akan menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati kerana bimbang akan mengganggu proses rayuan di Mahkamah Tinggi.

“Kalau saya kongsikan apa-apa lagi di media sosial, saya bimbang akan berlaku masalah di Mahkamah Tinggi. Tentang netizen, saya memang tak risau apa-apa pun,” katanya.

Terdahulu, Ali bercadang untuk memfailkan rayuan keputusan mahkamah itu apabila mendapati wujud fakta tidak betul sepanjang perbicaraan berlangsung sejak dua tahun lalu.


Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zulin Aziz 2020 | 21

Zulin Aziz Sah Jadi Isteri Farhan, Terima Wang Hantaran RM30,000

Naim Daniel 2020 | 22

Anugerah Juara Lagu Ke-36 Bertemakan Ini Rentak Kita Dihadiri Oleh 200 Penonton