in , ,

Ali Puteh Letak Nama Bayi Lelaki Syed Umar Iskandar Sempena Nama Abam

Pelawak Ali Puteh mengucapkan rasa syukur selepas isterinya selambat melahirkan anak ketiga mereka awal pagi tadi. Bayi lelaki seberat 3.07 kilogram itu dilahirkan pada jam 4.42 pagi tadi (Jumaat) di sebuah hospital bersalin swasta di Ampang.

Kisah duka pelawak Ali Puteh atas kehilangan anak perempuan pada usia tiga bulan tahun lalu kini terubat apabila isterinya Melati Fitri selamat melahirkan anak lelaki pada pagi Jumaat. Bayi seberat 3.07 kilogram itu dilahirkan kira-kira pukul 4 pagi di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

Ali Puteh Letak Nama Bayi Lelaki Syed Umar Iskandar Sempena Nama Abam

“Alhamdulillah salam subuh penghulu segala hari Jumaat… isteri saya selamat melahirkan anak lelaki. Alhamdulillah!,”

– ALI PUTEH

Beberapa jam sebelum kelahiran, adik kepada arwah Abam ini ada memuat naik foto isterinya terbaring di katil menanti waktu bersalin di hospital berkenaan.

Isteri Ali kongsi maklumat kelahiran di Instagram.

Dalam perkongsiannya itu, Ali memohon orang ramai mendoakan supaya proses kelahiran anak ketiganya itu dipermudahkan.

“Salam semua… insyaAllah semoga semua dipermudahkan urusan menunggu kelahiran darimu Ya Allah… kuat semangat ibu!,”

– Ali Puteh

Ali turut menjelaskan dia dan isteri sudah memiliki nama buat putera mereka itu dan memilih untuk menamakannya sebagai Syed Umar Iskandar.

“Memang dari awal saya nak nama Abam ada. Jadi saya ambil Umar itu. Ingatan kami terhadap Abam tidak pernah pudar. Umum mengetahui nama sebenar Abam adalah Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan,”

– Ali Puteh

Emak Ali tidak berhenti menangis selepas dapat berita kelahiran Umar

”Sebaik sahaja Umar Iskandar dilahirkan, saya sebak…Emak juga tidak berhenti menangis sejak saya kongsikan berita kelahiran Umar.

Pastinya Abam orang yang paling sibuk saat ini kalau dia ada…Sebab sebelum ini pun memang begitu, teringat pula keletah teruja Abam saat ini,”

– Ali Puteh
Ali Puteh Letak Nama Bayi Lelaki Syed Umar Iskandar Sempena Nama Abam

Ali memberitahu dia membawa isteri ke hospital petang semalam selepas Melati mengadu sakit, namun pulang semula ke rumah kerana bukaan rahim baru 2cm.

Bagaimanapun kira-kira jam 8.30 malam Ali kembali ke hospital kerana isterinya mengadu rasa sakit datang dengan lebih kerap.

Pasangan ini memiliki dua orang anak iaitu Sharifah Nur Aaira Qaireen yang berusia dua tahun dan Sharifah Nur Ainul Mardhiah.

Bagaimanapun, Ainul Mardhiah meninggal dunia setelah tiga bulan bertarung nyawa akibat masalah injap jantung terbalik dan jantung berlubang pada 26 November tahun lalu.

Anak perempuannya yang berusia tiga bulan itu menghembuskan nafas terakhir ketika Ali sedang bersaing di pentas Maharaja Lawak Mega 2019.

Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan dan Melati Fitri Abdullah berkahwin pada Mei 2016.

Hasil daripada perkahwinan tersebut Ali dan Melati dikurniakan dua anak perempuan Sharifah Nur Aaira Qaireen, 3 tahun dan Sharifah Nur Ainul Mardhiah yang meninggal dunia selepas tiga bulan dilahirkan akibat komplikasi jantung.

Ali Puteh Letak Nama Bayi Lelaki Syed Umar Iskandar Sempena Nama Abam
Ali Puteh Letak Nama Bayi Lelaki Syed Umar Iskandar Sempena Nama Abam

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Jatuh Dilambung Kuda Setinggi 8 Kaki, Faizal Tahir Bertahan Demi Video Muzik NOBODY

Lisdawati Cari Punca Kesilapan Jika Rumah Tangga Bermasalah